Kesan Lawatan Brian Nelson Terhadap Kedaulatan Negara

Kesan Lawatan Brian Nelson Terhadap Kedaulatan Negara

Kesan Lawatan Brian Nelson Terhadap Kedaulatan Negara

 

31 Ogos 2024, Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke 67.

Ini bermakna, dalam sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, negara kita sudah merdeka dan menjadi negara yang berdaulat selama 67 tahun atau melebihi setengah abad.



Persoalannya, adakah negara kita benar-benar sudah merdeka dan menjadi negara yang berdaulat sepenuhnya?

Pengisian sebenar kepada negara yang merdeka dan berdaulat sepenuhnya adalah kita bebas untuk menentukan halatuju kita sendiri tanpa tekanan dari mana-mana pihak.

Kita tidak perlu takut atau tunduk kepada mana-mana kuasa luar dalam menentukan halatuju negara kita.

Kita juga bebas menentukan siapakah rakan dagang kita, siapakah rakan diplomatik kita dan sebagainya.



Mungkin selama ini kita menyangkakan negara kita sudah benar-benar bebas dan merdeka.

Ini kerana kita sering dimomokkan dengan kata-kata kita membangunkan negara mengikut acuan kita sendiri.

Tetapi dengan ‘lawatan’ Brian Nelson ke negara kita baru-baru ini, timbul persoalan, adakah apa yang kita sangkakan selama ini adalah satu realiti.

Siapa Brian Nelson?



Beliau hanya seorang Setiausaha Rendah Perbendaharaan untuk Keganasan dan Perisikan Kewangan Amerika Syarikat.

Kedatangan beliau ke Malaysia untuk dengan membawa tuduhan dan memberikan amaran supaya Malaysia tidak meneruskan hubungan perdagangan dengan Iran.

Beliau menuduh terdapat peningkatan dalam wang yang dipindahkan ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas, melalui sistem kewangan di Malaysia.

Beliau juga memberikan amaran risiko sekatan yang boleh dikenakan ke atas Malaysia sekiranya tiada tindakan diambil.



Perkara itu beliau bangkitkan dalam pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution.

Ianya dijawab dengan tegas oleh Saifuddin bahawa Malaysia mempunyai keupayaan inteligen sendiri dan negara menganggap tuduhan itu sebagai tuduhan lapuran sebelah pihak.

Tahniah kita ucapkan kepada Saifuddin yang menyatakan ketegasan pendirian negara secara diplomatik.

Amerika Cuba Menjadi Abang Besar Kepada Malaysia

 



Apa yang tersirat di sebalik lawatan Brian Nelson adalah, Amerika dilihat sedang cuba mengawal kedaulatan negara.

Bagi Amerika, hanya mereka yang layak menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh Malaysia.

Ini adalah kebiadapan di dalam hubungan diplomatik antara 2 negara dan satu pencabulan kedaulatan ke atas negara lain.

Kalau pun benar terdapat aliran wang keluar dari Malaysia yang disalurkan kepada Palestin melalui Iran, apa masalahnya?



Brian Nelson bukan wakil dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan Iran tidak pernah ditakrifkan sebagai negara pengganas oleh PBB.

Malaysia juga tidak pernah melabelkan pejuang Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

Amerika Syarikat sepatutnya menghormati pendirian Malaysia.

Bukan satu kewajipan kepada Malaysia untuk melabel Hamas sebagai pengganas hanya kerana label yang dibuat oleh Amerika Syarikat.

Sebenarnya Amerika Syarikat tidak mempunyai moral ground untuk bercakap mengenai keganasan.

Mereka adalah penyokong tegar pengganas Zionis Israel yang melakukan pembunuhan kejam ke atas rakyat Palestin.

Amerika Syarikat juga adalah negara pembunuh terbesar di dunia dengan bertopengkan demokrasi.

Berapa ramai yang telah Amerika Syarikat bunuh di perang Vietnam, perang Iraq.

Malah Amerika Syarikat juga adalah dalang yang mencaturkan Arab Spring yang menumbangkan beberapa pemimpin Arab yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sekali lagi penulis ucapkan tahniah kepada Saifuddin Nasution.

Namun begitu, kerajaan mesti melakukan sesuatu dengan segera untuk menghentikan kebergantungan kita terhadap negara pengganas, Amerika Syarikat.

 

Kesan Lawatan Brian Nelson Terhadap Kedaulatan Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button