Anak MB Perlis Di Dakwa

Anak MB Perlis Di Dakwa

Anak MB Perlis Di Dakwa

 

Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri dan bekas Setiausaha Politik menteri besar berkenaan akan di dakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Pertuduhan ke atas anak Menteri Besar itu akan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.



“Dia (anak Menteri Besar Perlis) akan didakwa di mahkamah pada Khamis.”

“Maklumat lanjut mengenai pertuduhan akan dimaklumkan pihak SPRM nanti.”

“Mengenai kes membabitkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli pula, siasatan lanjut masih dijalankan SPRM,” menurut laporan Berita Harian.

Syafeeq akan didakwa di mahkamah berkait siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan tuntutan palsu untuk projek bernilai RM600,000.



Sebelum ini Syafeeq dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April lalu.

Turut sama dibebaskan dengan jaminan SPRM adalah empat individu lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan.

Pada 29 April pula, pihak SPRM telah memanggil Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri, ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk di rakam keterangan bagi kes yang sama.

Berita Harian juga melapurkan siasatan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri, masih lagi diteruskan.



Jadi tidak benar dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kes salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan pejabat Menteri Besar Perlis bermotifkan politik.

Dan ianya sengaja diadakan sempena pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baharu baru-baru ini.

Namun jangan pula kita mendahului mahkamah dengan menjatuhkan hukuman sebelum mahkamah membuat keputusan.

 



Anak MB Perlis Di Dakwa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button