Polis Kelantan teliti kes Norjuma hadir ke Kota Bharu

Oleh – Syeikh Baran


Polis Kelantan teliti kes Norjuma hadir ke Kota Bharu
Norjuma yang hadir ke Kota Bharu untuk satu majlis kesyukuran di sebuah hotel pada Isnin. Gambar kecil: Muhamad Zaki

Polis Kelantan meneliti kes bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed yang hadir ke Kota Bharu selepas dikenakan waran tangkap oleh empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata, semakan dibuat susulan kehadiran pengusaha tudung berusia 44 tahun pada Isnin itu mengejutkan ramai.



Menurut beliau, pihaknya tidak boleh sewenang-wenang bertindak berkait kes berkenaan kerana melibatkan waran dikeluarkan oleh badan kehakiman yang berbeza dengan waran tangkap dikeluarkan oleh polis.

“Waran ini melibatkan dia tidak hadir ke mahkamah dan dikeluarkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau Akta Mahkamah Rendah 1948.

“Kalau ada permintaan dan diberitahu dia datang ke Kelantan, itu polis boleh tangkap,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Kelantan 2024 di Kompleks Perpaduan Jajahan Machang, di sini, pada Selasa.

Menurut beliau, tangkapan terhadap seseorang individu bersabit dengan waran yang dikeluarkan oleh mahkamah perlu dilakukan dengan lebih teliti.



“Perlu ada waran yang mempunyai meterai mahkamah, bukan sewenang-wenang pergi dan tangkap,” katanya.

Akhbar pada Isnin melaporkan, Norjuma mengakui terkejut dan turut mendakwa hanya mengetahui isu waran tangkap melalui laporan media selain menyifatkan perkara itu tidak masuk akal.

Dia memberitahu sudah mendapat tarikh baru bulan ini dan akan hadir pada tarikh yang ditetapkan itu bagi sebutan kes berkait lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button