Pemilik kilang maut dihempap pagar
Pemilik kilang maut dihempap pagar

TANAH MERAH: Seorang pemilik kilang maut selepas dihempap pintu pagar dalam kejadian di premisnya di kawasan perindustrian, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 70 tahun dikatakan sedang memeriksa pintu pagar kedua kilang berkenaan dan menolak untuk menutupnya.
Bagaimanapun, roda pagar itu dikatakan terkeluar dari landasan menyebabkan pintu pagar berkenaan terbalik dan menghempap badan mangsa.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata mangsa yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Hasil siasatan juga mendapati tiada sebarang perbuatan jenayah atau berlaku pergaduhan dalam kes berkenaan.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan kepala,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, mangsa adalah pemilik kilang berkenaan yang membuat pagar.
Katanya, mangsa juga tinggal di kawasan kilang berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pemilik kilang maut dihempap pagar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akhirnya Tembelang Wan Saiful Pecah
- Tiba Tiba Teringat Teori Subsidi Rafizi Sebelum Jadi Menteri
- Bukan Zahid, tapi Khairy yang dua kali jadi biawak hidup.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :