Guna jengkaut keluarkan wanita terperosok bawah MPV

Guna jengkaut keluarkan wanita terperosok bawah MPV

Guna jengkaut keluarkan wanita terperosok bawah MPV
Jengkaut digunakan untuk mengangkat Toyota Estima bagi mengeluarkan warga emas yang terperosok di bawahnya. – NSTP/ ALIAS ABD RANI

BATU PAHAT: Sebuah jengkaut terpaksa digunakan untuk mengangkat kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi mengeluarkan seorang wanita warga emas yang terperosok di bawahnya selepas terbabit kemalangan di Jalan Utama Putera Indah, Tongkang Pechah, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang dengan mangsa ketika itu dilaporkan masih bernyawa sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, selepas lebih dua jam menerima rawatan, mangsa, 69, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala.



Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kemalangan berlaku ketika Toyota Estima dipandu wanita berusia 33 tahun menghala Tongkang Pechah, sebelum motosikal ditunggang mangsa keluar dari simpang.

“Akibatnya, pemandu Estima tidak sempat mengelak sehingga berlaku pertembungan.

“Mangsa yang juga seorang suri rumah parah dan dibawa ke HSNI untuk rawatan lanjut, sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.30 petang ketika menerima rawatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Guna jengkaut keluarkan wanita terperosok bawah MPV


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ralat & Permohonan Maaf


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button