Pengendali takaful bayar tuntutan perlindungan RM8.74 bilion pada 2023

Pengendali takaful bayar tuntutan perlindungan RM8.74 bilion pada 2023

Pengendali takaful bayar tuntutan perlindungan RM8.74 bilion pada 2023
FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menjangkakan industri takaful dapat mengekalkan momentum yang stabil pada 2024, selari dengan unjuran pengembangan ekonomi keseluruhan Malaysia.

Pengerusinya Elmie Aman Najas berkata, industri takaful bersatu dalam komitmennya menyediakan perlindungan takaful yang boleh diakses dan berpatutan untuk rakyat sebagai sebahagian daripada usaha menyokong pembangunan ekonomi negara.

Katanya, bagi 2023 menyaksikan pengendali takaful sudah membayar tuntutan perlindungan Takaful berjumlah RM8.74 bilion bagi menyokong rakyat pada masa mereka memerlukan.



Katanya, pengendali Takaful Keluarga juga sudah membayar sebanyak RM6.79 bilion, menggariskan komitmen mereka untuk melindungi keluarga di seluruh negara, manakala pengendali Takaful Am pula mengeluarkan jumlah tuntutan sebanyak RM1.95 bilion.

“Peningkatan pembayaran sebanyak 24.40 peratus ini menunjukkan kepekaan industri takaful terhadap keperluan pemegang sijil dan berdedikasi untuk meringankan beban rakyat pada kadar segera.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu



 

“Pembayaran ini disokong oleh sumbangan kasar perniagaan berkuat kuasa Takaful Keluarga yang meningkat sebanyak 7.55 peratus kepada RM8.97 bilion, berbanding RM8.34 bilion pada 2022.

“Bilangan sijil berkuat kuasa pada 2023 pula stabil pada 6.60 juta, berbanding 6.63 juta sijil berkuat kuasa yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

“Sepanjang 2023, pengendali Takaful Keluarga menambah 1.13 juta sijil baharu dengan caruman kasar sebanyak RM9.59 bilion tetapi tidak dapat mencapai 1.31 juta sijil baharu dan caruman kasar RM10.06 bilion yang didaftarkan pada 2022.



“Walaupun jumlahnya lebih rendah sedikit berbanding tahun sebelumnya, ia masih memberi kesedaran dan kepercayaan yang berterusan terhadap perlindungan takaful dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya pada taklimat media prestasi industri takaful 2023 dan Pelan Transformasi Strategik Hijrah27 di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd Radzuan Mohamed.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ralat & Permohonan Maaf




Elmie berkata, kadar penembusan Takaful Keluarga pada 2023 kekal stabil pada 19.58 peratus, walaupun populasi mencatat pertumbuhan tertinggi 10 tahun dengan peningkatan sebanyak 678,500 orang, mengatasi pertumbuhan 2022.

“Trajektori perniagaan Takaful Am terus meningkat tahun ini dengan peningkatan sebanyak 17.44 peratus dalam sumbangan kasar daripada RM4.64 bilion kepada RM5.45 bilion.

“Sumbangan langsung juga mencatatkan peningkatan, sebanyak 17.40 peratus kepada RM5.44 bilion daripada RM4.64 bilion pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau menjelaskan, prestasi teguh takaful kenderaan yang berkembang sebanyak 18.70 peratus kepada RM3.64 bilion membantu kepada peningkatan sumbangan dan kekal sebagai pemacu utama Takaful Am.



“Prestasi ini sejajar dengan 799,731 kenderaan bermotor baharu yang dijual pada tahun lalu, didorong oleh kempen promosi dan pelancaran model baharu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rayer cuba alih isu bila persoal isu Najib?


Sementara itu, Elmie berkata, MTA mengumumkan pelan transformasi strategik empat tahunnya untuk meningkatkan dan menginovasikan takaful menjadi nama yang dikenali di Malaysia dan mengilhamkan pemegang polisi generasi baharu.



Katanya, dikenali sebagai Hijrah27 adalah mandat untuk menjadikan takaful lebih relevan, mudah diakses dan memberi impak yang lebih besar.

“Pelan transformasi strategik ini merangkumi perubahan dengan tujuan serta menyepadukan misi MTA dengan matlamat visi Rangka Kerja Sektor Kewangan 2026 dan kerangka Intermediasi Berasaskan Nilai untuk industri.

“Hijrah27 adalah sambungan daripada Pelan Reformasi MTA yang berjaya dilaksanakan pada 2022-2023, yang dikenali sebagai Islah 23, dan akan memacu industri dan ekosistem Islam secara keseluruhan bagi memajukan takaful,” katanya.

Pengendali takaful bayar tuntutan perlindungan RM8.74 bilion pada 2023


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ralat & Permohonan Maaf

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button