Mesyuarat dwirangkaian 5G dijangka diadakan minggu depan

Mesyuarat dwirangkaian 5G dijangka diadakan minggu depan

Mesyuarat dwirangkaian 5G dijangka diadakan minggu depan
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. – FOTO NSTP

Cyberjaya: Mesyuarat mengenai model dwirangkaian 5G dijangka diadakan minggu depan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menurutnya beliau telah meminta supaya pasukan petugas bersama mengenai 5G untuk mengadakan pertemuan dan melaksanakan perbincangan mengenai perkara itu.

“Kita perlu mengadakan mesyuarat itu terlebih dahulu dan menilai situasi semasa. Kami jangka mesyuarat ini diadakan minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) BlackBerry oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.



Fahmi berkata beliau bersama-sama wakil daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Digital akan mengadakan perbincangan mengenai dwirangkaian 5G.

Menurutnya Kementerian Digital menyelia aspek harian pengendalian Digital Nasional Bhd (DNB) manakala Kementerian Komunikasi memberikan tumpuan terhadap landskap keseluruhan berkaitan spektrum, infrastruktur dan menara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu




Pada 3 Mei 2023, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan dwirangkaian 5G sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB telah mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Keputusan itu bertujuan untuk menghapuskan monopoli dan menggalakkan persaingan.

Pada 10 Januari lepas, perkhidmatan rangkaian 5G dilaporkan telah mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 31 Dis 2023, melepasi sasaran 80 peratus yang ditetapkan.

Mengenai CCoE Blackberry, Fahmi menegaskan bahawa penambahbaikan dalam keselamatan siber akan memberikan sumbangan positif kepada ekonomi digital.



Katanya CCoE akan membantu merealisasikan sasaran Malaysia untuk melahirkan 25,000 profesional keselamatan siber.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ralat & Permohonan Maaf


“Landskap keselamatan siber Malaysia diperkukuh dengan ketara bukan sahaja menerusi latihan malah melalui usaha berterusan, dengan teknologi terkini melibatkan AI (kecerdasan buatan) generatif dan AI ramalan,” katanya.



Fahmi berkata CCoE adalah antara hasil daripada perjanjian yang dimeterai pada November tahun lepas semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco.

Menurutnya, dengan memanfaatkan pengalaman BlackBerry selama lebih 35 tahun, CCoE dijangka dapat diintegrasikan dengan universiti dan institusi untuk membantu meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan siber.

Pusat itu dilengkapi dengan beberapa kurikulum yang akan dimulakan dengan peringkat paling asas dan dijangka berupaya mengadakan kursus kepada pakar keselamatan siber menjelang awal tahun depan, katanya.

Mesyuarat dwirangkaian 5G dijangka diadakan minggu depan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ralat & Permohonan Maaf

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button