Harvey Norman kini dibuka di Kuantan

Harvey Norman kini dibuka di Kuantan

Harvey Norman kini dibuka di Kuantan
Ketua Pegawai Operasi (COO) Harvey Norman Malaysia, Jonathan Toh (tengah) pada majlis perasmian pembukaan Harvey Norman cawangan Kuantan di Berjaya Megamall, Kuantan. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Jenama produk kelengkapan rumah terkemuka, Harvey Norman, secara rasminya membuka cawangan pertama di Pahang iaitu di Berjaya Megamall Kuantan, di sini, hari ini.

Majlis perasmian cawangan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Harvey Norman Malaysia, Jonathan Toh.

Menurut Toh, Harvey Norman di Berjaya Megamall Kuantan menjanjikan persekitaran beli-belah yang selesa, kondusif dan mengasyikkan.



“Ini kerana Harvey Norman membawa rangkaian luas iaitu peralatan elektrik, teknologi maklumat (IT) dan peranti mudah alih, produk perabot serta kelengkapan tempat tidur.

“Bagi memenuhi kehendak pelanggan, Harvey Norman memberikan keselesaan dan pilihan kepada rakyat Pahang, khususnya warga Kuantan.

“Dengan pembukaan cawangan baharu ini, pelanggan dari Pahang tidak perlu ke negeri lain untuk mendapatkan produk daripada Harvey Norman kerana boleh membeli produk pilihan mereka di Kuantan.

“Pencapaian penting ini secara rasmi menandakan kemasukan jenama Harvey Norman ke Pahang, dengan visi untuk membuka 80 cawangan di seluruh negara menjelang 2028,” katanya.



Harvey Norman cawangan Kuantan itu berkeluasan 44,532 kaki persegi dan mempunyai dua tingkat bagi memberikan lebih pilihan kepada pelanggan.

Harvey Norman turut mempunyai cawangan global iaitu di Australia, Croatia, New Zealand, Ireland, Slovenia dan Singapura.

Bagi meraikan majlis perasmian Harvey Norman di Kuantan, pelbagai aktiviti menarik diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

Dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM300, pelanggan diberi jaminan memenangi hadiah menarik termasuk baucar .



Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 juga layak menyertai cabutan bertuah.

Harvey Norman kini dibuka di Kuantan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading