Penduduk bimbang 3 beruang berkeliaran di Kampung Teluk Tasik

Penduduk bimbang 3 beruang berkeliaran di Kampung Teluk Tasik

Penduduk bimbang 3 beruang berkeliaran di Kampung Teluk Tasik
Mohamad Zain menunjukkan lokasi beruang matahari dilihat berkeliaran di kawasan kediamannya di Kampung Teluk Tasik, Setiu. – NSTP/NURUL FATIHAH SULAINI

SETIU: Kehadiran tiga beruang matahari yang dikatakan berkeliaran di sekitar Kampung Teluk Tasik, di sini, mencetus kebimbangan penduduk.

Kehadiran beruang itu disedari sejak pagi semalam selepas salah seorang penduduk terserempak dengannya ketika menyiram pokok berhampiran rumahnya.

Penduduk, Mohamad Zain Wan Ahmad, 64, berkata isterinya mengesan kelibat seekor anak beruang sebelum menyedari dua lagi haiwan sama berada di kawasan kebun getah kurang 10 meter dari rumahnya.



“Isteri memaklumkan beberapa tanaman seperti nanas dan anak pokok turut musnah disebabkan kehadiran beruang itu,” katanya.

“Pagi ini beruang masih berkeliaran di kawasan berhampiran, namun kami percaya dalam tempoh terdekat ia akan ditangkap,” katanya.

Penduduk bimbang 3 beruang berkeliaran di Kampung Teluk Tasik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading