Akaun fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum – Pakar

Akaun fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum – Pakar

Akaun fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pengenalan Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu daripada alternatif institusi itu untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Berhad, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, KWSP merencanakan suatu agihan tepat dengan mengambil kira Akaun 1 atau Akaun Persaraan (AP) masih lagi mewakili kadar terbesar dalam hierarki akaun ahlinya.

“Ini bererti lebih daripada dua per tiga simpanan KWSP di dalam Akaun 3 akan memberi banyak ruang kepada pencarum untuk menggunakan simpanan mereka bagi apa-apa tujuan atau kecemasan,” katanya kepada Bernama, semalam.



KWSP semalam mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei dengan memperkenalkan Akaun Fleksibel bagi keperluan kewangan jangka pendek.

KWSP dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu bertujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan, di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli apabila bermula tarikh itu, semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula daripada dua akaun sebelum ini iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga akaun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Pahang berjaya dapat kembali tanah yang diceroboh pengusaha Musang King.




Mohd Afzanizam menasihatkan kepada pencarum KWSP untuk melakukan perancangan teliti sebelum membuat keputusan untuk pengeluaran dengan mengambil kira faktor pengganda dalam simpanan mereka.

Selain itu, Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu Prof Madya Dr Roshaiza Taha berkata, pelaksanaan Akaun 3 itu turut menguntungkan golongan M40 dan T20.

“Kita tahu sebahagian pendapatan golongan M40 dan T20 lebih tinggi. Sebagai contoh, dia punya pendapatan adalah RM10,000 dan dia punya caruman KWSP sebanyak 11 peratus, bersamaan RM1,100 dan berkemungkinan dia ada RM165 (di dalam Akaun 3). Bagi golongan B40 nilai akan jadi lebih rendah sekitar RM70 atau RM30,” katanya.

Menurutnya, jika mereka yang berada dalam golongan B40 tidak cakna kewangan, berkemungkinan akan berdepan masalah pada tabung persaraan masa akan datang.



“Kerajaan perlu memainkan peranan untuk mendidik pencarum dalam menyalurkan sebahagian kecil pendapatan mereka kepada liquid investment (pelaburan mudah cair) kerana mereka masih lagi perlu dilindungi pada masa hadapan.

“Melihat keadaan semasa, saya tahu bahawa keupayaan rakyat Malaysia untuk meneruskan kelangsungan hidup sangat susah sehingga ada yang mengikat perut untuk makan. Akan tetapi, pencarum tetap perlu cakna mengenai keperluan dan kehendak mereka,” katanya.

Akaun fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum – Pakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading