MAHB kekal dikawal kerajaan, tidak diambil alih pihak asing – Amir Hamzah
MAHB kekal dikawal kerajaan, tidak diambil alih pihak asing – Amir Hamzah
Kuala Lumpur: Kerajaan hari ini mengulangi bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal dikawal oleh kerajaan dengan pengurusannya tidak akan diambil alih oleh warga asing.
Sehubungan itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyangkal dakwaan kononnya pihak asing akan mencampuri urusan atau mengambil alih lapangan terbang negara.
Malah, beliau juga menegaskan bahawa aspek keselamatan lapangan terbang kekal di bawah tanggungjawab agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, MAQIS Malaysia (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia.
Ini termasuk kawalan keluar masuk warganegara asing di bawah tanggungjawab Jabatan Imigresen manakala pihak luar tidak boleh campur tangan.
“Tuduhan bahawa orang asing akan mengambil alih menguasai lapangan terbang negara tidak benar sama sekali.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri
- Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik
Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?
“Semua lapangan terbang negara kekal milik kerajaan sementara MAHB berperanan sebagai operator atau pengendali lapangan terbang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Kamar Khas di Dewan Rakyat di sini, hari ini sebagai mengulas penjualan saham MAHB kepada Global Insfrastructure Partners (GIP).
Menjelaskan selanjutnya, Amir Hamzah berkata kerajaan juga akan terus memegang saham khas atau ‘golden share’ dalam MAHB.
Berdasarkan hak saham khas itu juga, kata beliau, hanya kerajaan mempunyai kuasa untuk melantik pengerusi dan pengarah urusan MAHB dengan kedua-duanya adalah warganegara Malaysia.
“Oleh itu, tidak berbangkit seperti yang didakwa bahawa kerajaan menjual saham MAHB kepada pelabur asing.
“Rakan konsortium asing iaitu GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) hanya akan memegang saham minoriti MAHB sebanyak 30 peratus. MAHB kekal dikawal oleh kerajaan,” kata Amir Hamzah.
MAHB kekal dikawal kerajaan, tidak diambil alih pihak asing – Amir Hamzah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misteri Takrifan Hearsay Yang Mengelirukan
- UMNO akan pilih pendirian yang terbaik sebelum PRU16
- Kewujudan Atau Keabsahan Titah Adendum Yang Di Tolak Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.