Hanya Allah tahu isi hati DSN saat ini – Yana Najib
Oleh – Syeikh Baran
Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa berkongsi kesedihan apabila mahkamah menolak kebenaran bagi mencabar kewujudan titah adendum (tambahan) oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Menerusi perkongsian di laman Instagram @yananajib, Nooryana Najwa atau lebih mesra dipanggil Yana, meninggalkan kapsyen, ‘macam tu je..”hearsay”, “khabar angin”.
“Hanya Allah yang mengetahui isi hati DSN pada saat ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Najib hari ini gagal mendapatkan kebenaran bagi membolehkannya mencabar kewujudan titah adendum (tambahan) oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa.
Titah adendum itu didakwa mengandungi titah yang mengarahkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh sebelum menolak permohonan itu berkata, semua afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan Najib termasuk oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar Pahang adalah dengar cakap (hearsay).
Sumber – KOSMO! ONLINE.