RM100,000 biaya 21 Bot Eko-PV Pintar

RM100,000 biaya 21 Bot Eko-PV Pintar

RM100,000 biaya 21 Bot Eko-PV Pintar
MOHD Muazzam (dua dari kiri) menyerahkan replika cek sumbangan Sadaqa House bernilai lebih RM100,000 kepada Dr Madihah.

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperluaskan inisiatif kewangan inklusif demi menjana impak sosial menerusi pemasangan panel solar fotovoltan (PV) pada 21 bot nelayan B40 di Pengkalan Sungai Mersing, Johor.

Projek Sistem Tenaga Elektrik Solar Terasing, yang mengubah bot nelayan terbabit kepada Bot Eko-PV PintarĀ (Smart Eco-PV Boat), dijayakan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Projek bernilai lebih RM100,000 itu dibiayai menerusi sumbangan awam kepada Sadaqa House yang merupakan pemacu kewangan sosial Bank Islam yang diiktiraf di peringkat global.



Usaha kelestarian ini dijangka mempertingkatkan keupayaan aktiviti perikanan, di samping memberi penjimatan kepada nelayan dan memelihara ekosistem alam sekitar, khususnya lautan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata, projek ini memperlihatkan komitmen Bank Islam dalam mendukung matlamat Malaysia mencapai 40 peratus penggunaan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035 seperti dinyatakan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.




“Bot nelayan terbabit dilengkapi ciri mampan seperti peralatan elektrik cekap tenaga serta memanfaatkan sumber tenaga diperoleh menerusi pemasangan panel solar PV pada bahagian atas bot.

“Peralatan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan bot, tetapi juga mengurangkan kemungkinan pencemaran air dan bunyi serta pembebasan karbon, di samping memberikan penjimatan diesel anggaran RM150 sebulan kepada nelayan, sekali gus membantu meningkatkan aliran tunai bagi kesejahteraan hidup mereka,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, ini kali pertama Bank Islam bekerjasama dengan UTM, dan pemasangan panel solar turut dijayakan 13 institusi kemahiran dan pengajian tinggi di seluruh negara yang membabitkan 180 pelajar dan warga kerja.

“Projek di Mersing ini bermula pada Februari dan selesai pada 30 April lalu. Alhamdullilah, kami melihat hasil menggalakkan menerusi penyediaan kemudahan ini pada bot terbabit,” katanya.



RM100,000 biaya 21 Bot Eko-PV Pintar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wabak Salah Najib Bermula Lagi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button