Gaji cecah RM5,000 sebulan anjur judi bola sepak Euro 2024

 

Oleh – Syeikh Baran


Gaji cecah RM5,000 sebulan anjur judi bola sepak Euro 2024
Laman sesawang yang digunakan menjalankan kegiatan catit taruh perjudian bola sepak Euro 2024.

Kegiatan dua lelaki tempatan menganjurkan judi bola sepak Euro 2024 secara dalam talian terbongkar menerusi serbuan di dua kondominium, di sini, semalam.

Serbuan sekitar pukul 9 pagi itu dilakukan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman di Jalan Genting Klang, dan Taman Wahyu hasil maklumat serta risikan diterima.



Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua lelaki tempatan yang ditahan disyaki berperanan sebagai penganjur.

Katanya, risikan telah dijalankan ke atas laman sesawang yang disyaki menjalankan kegiatan catit taruh perjudian secara dalam talian berkait bola sepak Euro 2024.

“Siasatan mendapati gaji yang diterima sebulan adalah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 dan kegiatan yang mengaut untung sehingga RM12,000 seharian.

“Dipercayai kegiatan ini beroperasi 24 jam dan mempunyai syif bagi melakukan urusan pertaruhan di kondominium,” katanya.



Beliau berkata, siasatan dijalankan untuk mengenal pasti rangkaian suspek.

Katanya, kedua-dua tangkapan masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan IPD Sentul untuk tindakan lanjut.

Tegas beliau, orang ramai dinasihat tidak terbabit dengan sebarang aktiviti perjudian haram dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti sedemikian untuk melaporkan kepada pihak polis.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button