Akaun kena sita ‘Kementerian Kewangan Amerika Syarikat’

Oleh – Syeikh Baran


Akaun kena sita ‘Kementerian Kewangan Amerika Syarikat’
Gambar Hiasan

Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian hampir setengah juta ringgit selepas tertipu dengan pelaburan mata wang digital akibat tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa yang berusia 64 tahun itu membuat laporan di bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat semalam selepas merasakan dirinya tertipu apabila pelaburan berjumlah RM400,900 tidak mendapat sebarang pulangan.



Katanya, mangsa pada Mac lalu, dia telah berurusan dengan seorang individu yang tidak dikenali menerusi Facebook kemudian berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp.

“Suspek telah menawarkan kepada mangsa berkenaan pelaburan mata wang digital dan memberi pautan laman web kakauet.com kepada mangsa.

“Mangsa kemudian memasukkan maklumat dirinya dalam platform tersebut dan suspek memberitahunya akan mendapat keuntungan besar,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar, mangsa yang berminat kemudiannya membuat pindahan wang ke dalam akaun yang berbeza secara berperingkat antara tempoh 3 April sehingga 18 Jun lalu melibatkan RM400,900.



Ujarnya, mangsa kemudian menerima mesej daripada suspek menyatakan akaun mangsa telah disita Kementerian Kewangan Amerika Syarikat dan perlu membuat bayaran tambahan tiga peratus daripada jumlah pelaburan untuk menebus wang pelaburan tersebut.

“Namun mangsa tidak berbuat demikian kerana mensyaki telah ditipu. Jumlah kerugian mangsa adalah RM400,900. Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button