Tak jadi pukau lepas kena jerit ‘hoi’

Oleh – Syeikh Baran


Tak jadi pukau lepas kena jerit ‘hoi’
Tangkap layar rakaman CCTV dakwaan kejadian pukau oleh dua lelaki dipercayai warga asing pada Jun lalu.

Pekerja sebuah premis makanan didakwa nyaris dipukau oleh dua lelaki dipercayai warga asing yang dikatakan mahu mengambil wang dari mesin juruwang kedai tersebut.

Kejadian itu tular di media sosial dengan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bertarikh 2 Jun 2024 dimuat naik pada TikTok dengan durasi dua minit 20 saat.



Menerusi video itu, pada mulanya kelihatan seorang lelaki mengekori seorang pekerja kedai dan mereka berbual sambil pekerja itu mengeluarkan sesuatu daripada dompetnya, sebelum didatangi seorang lagi lelaki ke situ.

Kemudian seorang daripada lelaki itu ke bahagian mesin juruwang serta berbual dengan seorang wanita dipercayai pekerja kedai.

Wanita itu membuka mesin juruwang serta menunjukkan wang kepada lelaki itu, namun perbualan tersebut tidak begitu jelas.

Situasi itu disedari oleh seorang wanita yang sedang duduk dan makan di premis tersebut serta menjerit ke arah lelaki itu.

“Hoi hoi, tu CCTV ye, jaga-jaga,” tegurnya.



Dua lelaki tersebut kemudian mengangkat tangan seolah-olah memberi isyarat mereka tidak mengambil sebarang wang dan mengeluarkan dompet dikatakan mahu menunjukkan bukti.

Kedua-dua lelaki tersebut kemudian beredar dari situ.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button