Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita?

Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita?

Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita?

Seorang pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah kekasihnya dalam satu kejadian di sebuah kondominium di Damansara, semalam.

Tumbuk mata sebelah kiri dan badan

Memetik laporan sumber Harian Metro, pelakon filem box-office itu terlebih dahulu menghubungi kekasihnya itu untuk berjumpa sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka kira-kira jam 3.30 pagi.



Difahamkan, dalam kejadian terbabit pelakon itu memukul mata dan badan wanita terbabit di dalam kereta miliknya. Susulan daripada itu, wanita terbabit membuat laporan di balai polis berdekatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi.



Tambah Shahrulnizam, sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, pelakon berusia 37 tahun ini pernah mencetuskan beberapa kontroversi dalam industri hiburan tanah air, sebelum ini.



Sumber: Harian Metro

Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin UMNO Sedang Lakukan Sesuatu Tapi Tak Boleh Beritahu, Haa Gituuu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button