‘Adik saya mungkin dilanggar kenderaan berat’

Oleh – Syeikh Baran


‘Adik saya mungkin dilanggar kenderaan berat’
Allahyarham Syarifudin terlibat dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Elite pada 3 Julai lalu.

Kakak kepada Allahyarham Syarifudin Abu Bakar, 31, yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Elite (Bandar Serenia – Nilai Utara, E6 KM 37.8 SB) pada 3 Julai lalu merayu saksi kejadian untuk tampil menghubungi mereka sekeluarga.

Suliana Abu Bakar, 37, memohon jasa baik semua rakyat Malaysia yang menjadi saksi kejadian atau mempunyai rakaman papan pemuka (dashcam) untuk membantu merungkai kejadian sebenar kemalangan maut melibatkan adiknya itu.



“Waktu kemalangan itu dianggarkan sekitar pukul 9 malam.

“Punca kemalangan masih lagi belum ditemui, hasil keputusan ‘post-mortem’ adik saya mungkin dilanggar kenderaan berat dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan.

“Pada hari kejadian, adik saya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook Dashcam Malaysia.

Jelas Suliana, Allahyarham bertugas sebagai Pembantu Pegawai Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditugaskan di KLIA Terminal 1.



Katanya, Allahyarham Syarifudin meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil.

“Segala bantuan dan maklumat amat kami hargai,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button