Aaron-Wooi Yik selesa status underdog
Aaron-Wooi Yik selesa status underdog
STATUS sebagai pemain bukan pilihan dianggap sebagai sesuatu yang baik buat beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam usaha mereka memburu pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Aaron menganggap status tersebut sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan ke atas mereka, lebih-lebih lagi mereka dianggap sebagai salah satu prospek terbaik bagi menyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia.
Keadaan itu pastinya hampir sama dengan situasi di Olimpik Tokyo tiga tahun lalu apabila mereka berjaya menghadiahkan pingat gangsa biarpun menjejakkan kaki ke temasya tersebut sebagai pemain bukan pilihan.
“Kali ini juga kami akan pergi ke Paris sebagai pemain bukan pilihan dan ia memberi sedikit kelebihan kepada kami. Bagi saingan kali ini, ada ramai pasangan beregu yang sangat kompetitif.
“Mereka yang diletakkan sebagai pemain pilihan mungkin akan merasai lebih tekanan. Ada juga gandingan yang kali pertama beraksi, bagaimanapun kami lebih selesa dengan status bukan pilihan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang
Aaron-Wooi Yik diletakkan antara sandaran negara untuk memenangi emas selepas menampilkan aksi cukup konsisten musim ini apabila mara sekurang-kurangnya ke suku akhir dalam hampir kesemua kejohanan disertai.
Sementara itu, Aaron berkata, dia dan Wooi Yik akan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman yang diperoleh ketika beraksi di Olimpik Tokyo lalu bagi memastikan prestasi lebih baik pada edisi kali ini.
“Saya fikir akan ada pemenang baharu untuk pingat emas dan perak. Kami hanya mahu ke Paris dengan sikap merendah diri selain membawa pengalaman ketika beraksi di Olimpik Tokyo sebelum ini,” ujarnya.
Sebagai rekod, beregu No. 5 dunia itu juga sudah pun melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wakil pertama Malaysia dalam sukan badminton yang merangkul kejuaraan dunia ketika memenanginya pada edisi 2022.
Aaron-Wooi Yik selesa status underdog
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN
- Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional?
- Kluster Mahkamah kekal sebagai Presiden BERSATU
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :