Laluan sukar menanti juara All England
Laluan sukar menanti juara All England
JAKARTA – Dua jaguh perseorangan Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dan Jonatan Christie digesa untuk kekal tenang dan tidak memikirkan tentang undian sukar yang bakal diharungi pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
Sebagai rekod, Christie yang merupakan juara All England tahun ini telah diundi dalam Kumpulan L bersama jaguh perseorangan India, Lakshya Sen, Kevin Cordon (Guatemala) dan Julien Carragi (Belgium).
Laluan Ginting pula dilihat lebih mudah berbanding Christie selepas diundi bersama Toma Junior Popov (Perancis) serta Howard Shu (Amerika Syarikat).
Ketua jurulatih perseorangan Sang Garuda, Irwansyah meletakkan harapan tinggi agar Ginting dan Christie sentiasa positif bagi memastikan kilauan pingat dapat disumbangkan pada kontinjen mereka di bumi Perancis nanti.
Kata Irwansyah, apa sahaja boleh berlaku pada saingan Olimpik nanti tidak kira diletakkan dalam kumpulan mana pun terutama persaingan untuk kategori perseorangan yang agak terbuka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang
“Berdasarkan undian yang kita lihat, sudah pasti cabaran terbesar bakal dihadapi oleh Christie kerana berdepan dengan (Lakshya) Sen dalam kumpulan yang sama. Namun, saya pasti mereka semua sudah bersedia selepas menjalani latihan intensif sebelum ini.
“Justeru, saya mahu Christie dan Ginting tidak terlalu risau dengan persaingan di peringkat kumpulan kerana apa yang penting mereka fokus untuk mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.
Pada acara perseorangan kali ini, hanya juara setiap kumpulan akan melangkah ke pusingan kalah mati.
Indonesia sebelum ini pernah menjuarai pingat emas acara perseorangan lelaki sebanyak dua kali menerusi Alan Budikusuma pada edisi 1992 dan Taufik Hidayat (2004). – AGENSI
Laluan sukar menanti juara All England
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN
- Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional?
- Kluster Mahkamah kekal sebagai Presiden BERSATU
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya