Amsyar sudah sedar, ibu masih ditidurkan

Oleh – Syeikh Baran


Amsyar sudah sedar, ibu masih ditidurkan
Keadaan Proton Persona yang terbalik di dalam sungai di Simpang Empat, dekat Kangar pada 7 Julai lalu.

Kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Permatang Bongor, Jalan Kangar-Alor Setar, Simpang Empat, di sini sudah sedarkan diri, manakala ibunya pula masih ditidurkan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, keadaan Muhammad Amsyar Mohd. Nur Afifi, 2, dilaporkan semakin baik.



“Saya dimaklumkan kanak-kanak itu telah sedar dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Walau bagaimanapun, ibunya iaitu Nor Irma Wani Yaacob yang berusia 35 tahun masih ditidurkan dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTF,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! pada 9 Julai lalu melaporkan dua beranak itu dilaporkan kritikal dan ditidurkan selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke dalam sungai.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang, 7 Julai itu kereta jenis Proton Persona yang dipandu Mohd. Nor Afifi Bakar, 31, dalam perjalanan ke arah Simpang Empat dari arah Pokok Sena.

Tindakan pantas penduduk berjaya mengeluarkan Nor Irma Wani dan Muhammad Amsyar yang terperangkap di dalam kereta tersebut.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button