Nestle guna trak EV angkut MILO
Nestle guna trak EV angkut MILO
Rembau: Nestle (Malaysia) Bhd (Nestle Malaysia), akan mempelopori penggunaan trak kenderaan elektrik (EV) untuk mengangkut tangki MILO dalam penghantarannya dari Malaysia ke Singapura menerusi program MILO Sayang Bumi.
Menerusi penyelesaian inovatif ini, MILO dan Nestle terus merintis jalan ke arah masa depan yang lebih hijau, dengan menggunakan kemudahan logistik yang lebih lestari.
Hasil kerjasama rakan kongsi strategik seperti Swift Haulage Sdb Bhd, Trumas Damai Sdn Bhd, Volvo Truck dan Shell Malaysia serta disokong Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), inisiatif ini menyaksikan penggunaan trak EV untuk mengangkut tangki MILO di antara kilang di Chembong di Rembau, ke kilang di Jurong Singapura.
Dengan purata 1,750 perjalanan setahun meliputi 280 kilometer bagi setiap perjalanan, inisiatif pelopor ini berupaya untuk mengurangkan emisi karbon sehingga 1,000 tan setahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols, berkata, syarikat itu merancang untuk memperoleh empat trak EV tambahan dalam tempoh enam bulan akan datang, dengan matlamat untuk mengubah laluan berkenaan menjadi 100 peratus hijau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN
- Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional?
- Kluster Mahkamah kekal sebagai Presiden BERSATU
“Pada awal tahun ini, Nestle Malaysia turut mencapai mercu jaya dengan permulaan operasi Loji Janakuasa Biojisim di kilang Chembong, yang dapat mengurangkan emisi pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak 14,000 tan setahun.
“Jenama ini terus meningkatkan usaha kelestarian dengan pemasangan panel solar dalam semua trak pensampelan MILO untuk membekalkan tenaga kepada peralatan elektrik, dengan sasaran untuk menyempurnakan proses pemasangan bagi seluruh angkatan trak menjelang 2027,” katanya pada majlis pelancaran Trak EV Nestle Malaysia di sini, kelmarin.
Majlis disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Aranols berkata, syarikat berjaya memenuhi komitmen alam sekitarnya dengan mencapai emisi CO2 25 peratus lebih rendah pada akhir 2023 berbanding nilai pada tahun asas 2018.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang
Menurutnya, kini syarikat bersedia untuk mencapai pengurangan 50 peratus menjelang 2030.
“Inisiatif ini mencerminkan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai kecemerlangan operasi sambil menggiatkan usaha ke arah kelestarian.
“Inisiatif ini juga adalah peralihan ke arah penyelesaian pembungkusan lestari, seperti penggunaan 100 peratus penyedut minuman kertas dan bahan boleh kitar semula bagi pek UHT MILO,” katanya.
Nestle guna trak EV angkut MILO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ADUN Sungai Udang Ketakutan Dengan Gelombang Merah Di Melaka
- Mahkamah Untuk Daulatkan Keadilan Bukan Meredakan Kemarahan
- Waktu terbaik untuk tamatkan riwayat Parti Bersatu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar