Laluan penerbangan baharu adalah keputusan komersial syarikat penerbangan

Laluan penerbangan baharu adalah keputusan komersial syarikat penerbangan

Laluan penerbangan baharu adalah keputusan komersial syarikat penerbangan
MALAYSIA Airports Holding Bhd (MAHB) turut menawarkan insentif kepada mana-mana syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan antarabangsa ke lapangan kendaliannya, termasuk Lapangan Terbang Labuan melalui Program Airline X-celeration. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Sebarang keputusan berhubung perkhidmatan penerbangan ke mana-mana laluan adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa, kementerian itu berkata, keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.

“(Atas dasar itu) kerajaan sentiasa terbuka dan menggalakkan mana-mana syarikat penerbangan Malaysia atau China untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa secara terus dari China ke mana-mana destinasi di negara ini, termasuk ke Labuan,” katanya.



Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk membuka dan membenarkan penerbangan terus dari China ke Labuan dalam konteks meningkatkan ekonomi, terutama sektor pelancongan.

Mengulas selanjutnya, MOT berkata pihak Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) turut menawarkan insentif kepada mana-mana syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan antarabangsa ke lapangan kendaliannya, termasuk Lapangan Terbang Labuan melalui Program Airline X-celeration.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya




Insentif itu diberikan dalam bentuk rebat pendaratan, sewaan pejabat di lapangan terbang dan sokongan pemasaran.

Laluan penerbangan baharu adalah keputusan komersial syarikat penerbangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button