Gempur PATI di Johan Setia, Pulau Indah

Oleh – Syeikh Baran


Gempur PATI di Johan Setia, Pulau Indah
Sebahagian warga asing yang dibawa untuk tapisan di IPD Klang Selatan.

Kawasan di sekitar Jalan Johan Setia dan Pulau Indah di sini digempur dalam operasi bersepadu bagi mengesan kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) hari ini.

Operasi bermula pukul 3.30 pagi itu melibatkan 318 anggota termasuk pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Jabatan Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Bandaraya Diraja Klang, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Tanah Klang.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, operasi dijalankan susulan aduan awam dan peningkatan kes jenayah melibatkan warga asing di daerah ini.

Katanya, tumpuan dibuat ke ata warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil operasi dijalankan mendapati seramai 317 termasuk 112 daripada mereka adalah wanita. Mereka dibawa ke IPD Klang Selatan untuk siasatan dan tapisan selanjutnya.

“Daripada jumlah itu, seramai 72 warga asing terdiri daripada Myanmar, Nepal, Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Afrika ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Kesemua tangkapan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button