Sanggup bakar rakan sebab hutang RM7,000

Oleh – Syeikh Baran


Sanggup bakar rakan sebab hutang RM7,000
Lokasi mayat mangsa ditemui di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor pada 23 Jun lalu.

Misteri pembunuhan seorang lelaki pada bulan lalu terungkai apabila empat lelaki ditahan di  kawasan Batu 14, Hulu Langat, di sini pada 11 Julai lalu.

Mayat lelaki berusia 26 tahun itu ditemui terbakar dibuang di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih pada 23 Jun lalu.



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd. Yusof berkata, motif pembunuhan mangsa dipercayai kerana hutang RM7,000 yang dibuat lelaki itu terhadap suspek.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek yang juga rakan mangsa positif dadah jenis methamphetamine.

“Dua daripada mereka pula mempunyai lebih daripada 20 rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek yang ditahan berusia 18 tahun hingga 44 tahun dan mereka akan dituduh di Mahkamah Kajang di sini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh hari ini.



“Seorang lagi suspek pula akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button