Tiada pembida, banglo Sajat turun harga RM4.21 juta

Oleh – Syeikh Baran


Tiada pembida, banglo Sajat turun harga RM4.21 juta
Banglo milik Sajat bakal dilelong pada harga RM4.21 juta pada 2 September depan.

Banglo milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dipercayai diturunkan harga kepada RM4.21 juta ekoran tiada pembida.

Perkara itu dimaklumkan seorang ejen hartanah dikenali sebagai Ishaq Marazi menerusi hantaran di Facebook, semalam.



“Hari itu lelong RM4.68 juta tapi tiada pembida. Sekarang bank sudah kurangkan harga lelong kepada RM4.21 juta,” katanya.

Menurutnya, banglo dua tingkat yang terletak di Seksyen 10 Petaling Jaya itu mempunyai keluasan 11,093 kaki persegi, enam bilik dan tujuh bilik air.

“Tarikh lelongan seterusnya adalah pada 2 September depan,” jelasnya.

Dua tahun lalu, kediaman tersebut pernah cuba dilelong Sajat yang berhijrah ke Australia sejak Oktober 2021 pada harga RM9.5 juta, namun tiada pembeli.



Sajat kemudian menawarkan harga baharu banglo mewahnya itu iaitu RM7 juta, sebelum diturunkan lagi kepada RM4.68 juta.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button