Selisih faham urusan kerja, lelaki parah diserang kawan

Oleh – Syeikh Baran


Selisih faham urusan kerja, lelaki parah diserang kawan
Gambar Hiasan

Seorang lelaki mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan selepas diserang rakannya dalam kejadian di Ayer Kuning Selatan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pegawai di Balai Polis Ayer Kuning Selatan telah menerima panggilan orang awam yang melaporkan insiden berkenaan, kira-kira pukul 3.30 pagi.



Menurutnya, mangsa seorang lelaki berusia 45 tahun itu diserang oleh individu yang dikenali semasa berada di rumahnya di Ayer Kuning Selatan.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada selisih faham tentang urusan pekerjaan. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian bahu, perut, kaki dan belakang badan.

“Mangsa kini menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tampin. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Susulan itu ujar Amiruddien, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan dan direman selama tujuh hari, bermula hari ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button