Beza Antara Atlit Dengan Politikus

Beza Antara Atlit Dengan Politikus
Gambar Hiasan

Beza Antara Atlit Dengan Politikus

 

Antara ahli politik atau politik dengan atlit atau ahli sukan, mereka mempunyai dunia kerjaya yang sangat jauh berbeza.

Jangkahayat seorang politikus dalam kerjaya mereka adalah bergantung kepada sokongan yang diterima oleh orang ramai.

Selagi mereka boleh mendapat dan boleh mengekalkan sokongan orang ramai, maka selagi itulah mereka akan dapat bertahan.



Tetapi bagi seorang atlit pula, jangkahayat dalam kerjaya mereka pula bergantung kepada pencapaian mereka dalam sukan yang diceburi.

Selagi mereka dapat mengekalkan prestasi atau pencapaian yang baik, maka selagi itulah mereka akan dapat bertahan.

Namun ada juga atlit yang sudah berusia dan tidak mampu mengekalkan pencapaian terbaik mereka, masih mampu bertahan dalam dunia sukan.

Walau pun sudah tidak lagi menjadi atlit, mereka beralih kepada kerjaya sebagai jurulatih.



Karier yang berbeza, tetapi tetap berada dalam dunia kerjaya yang sama.

Namun bagi seorang ahli politik, sebaik sahaja mereka tidak mampu mengekalkan sokongan orang ramai, maka karier mereka akan berakhir.

Tidak ada siapa lagi yang akan mengelilingi mereka.

Rakyat Mesti Bijak

@acik.mantera



Beza Antara Atlit Dengan Politikus

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

 

Tetapi perbezaan yang paling besar antara seorang atlit dengan politikus adalah cara mereka mengekalkan jangkahayat mereka dalam dunia kerjaya.



Seorang atlit akan berlatih sepanjang masa.

Tidak kira pagi atau petang, siang atau malam untuk mengekalkan prestasi terbaik mereka.

Dengan lawan, mereka bermusuh hanya ketika berada di dalam gelanggang, saling beradu kekuatan dan pengalaman.

Permusuhan mereka tamat sebaik sahaja tamat perlawanan.



Tidak ada kata-kata fitnah, tidak ada kata-kata menghina atau menghasut.

Dengan pencapaian yang membanggakan, mereka menyatupadukan rakyat, membawa nama negara di pentas dunia.

Tetapi agak berbeza dengan seorang politikus.

Di atas pentas politik, akan dipenuhi dengan kata-kata menghasut, kata-kata yang menimbulkan ketakutan dan pecah belah di kalangan rakyat.



Rakyat yang hidup harmoni, dimomokkan dengan kata-kata perkauman.

Rakyat yang hidup aman damai, dimomokkan dengan pelbagai pelbagai ketakutan.

Dalam Dewan Rakyat mereka bergaduh, di media sosial mereka saling menuduh dan di pentas politik, mereka saling mencemuh.

Bukan tidak ada politikus yang ikhlas sayangkan rakyat dan negaranya.

Cuma kita sebagai rakyat mesti bijak memilih.

Kerana punca kuasa mereka datangnya dari kita.

 

Beza Antara Atlit Dengan Politikus

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button