Selepas tular mengenai kisah rumah tangga bersama bekas isteri, kali ini pempengaruh Andika Putera muncul lagi mengulas isu selawat yang dijadikan parodi segelintir individu.
Menerusi satu hantaran video di TikTok, Andika bersetuju dengan teguran @CikguUrut mengenai adab ketika berselawat.
Andika berkata, pada mulanya dia tidak tahu berkaitan video parodi selawat yang telah dibuat oleh sesetengah individu, namun dia bersetuju dengan teguran yang dibuat tentang perkara ini.
Dia juga menerima segala teguran dan bersedia untuk membaiki diri. Walau bagaimanapun, Andika akan tetap berpegang teguh dengan selawat.
Dika terima teguran, dika terima segala salah dan bersedia untuk baiki diri dari masa ke masa. Cuma tentang selawat, dika sangat berpegang teguh terhadap selawat. Selawat lah atas baginda Rasulullah SAW, dalam apa jua keadaan diri kita.
Andika juga mengatakan bahawa sebagai seorang manusia kita tidak pernah lari dari membuat kesilapan, disebabkan itu kita haruslah berselawat.
Video tersebut telah menarik perhatian warga maya, ramai yang setuju dengan perbuatannya kali ini walaupun sebelum ini dia membuat kesilapan, dan ada juga yang tidak setuju dengannya.