Harga mahal Azizulhasni tutup Olimpik

Harga mahal Azizulhasni tutup Olimpik

Harga mahal Azizulhasni tutup Olimpik
AZIZULHASNI (kiri) terpaksa membayar harga mahal dibatalkan penyertaan serta-merta pada pusingan pertama keirin awal pagi semalam. – MSN MALAYSIA

IMPIAN jaguh berbasikal trek berpengalaman negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk menutup karier antarabangsanya di pentas tertinggi Sukan Olimpik dengan menaiki podium sebagai pemenang pingat emas berkecai disebabkan hanya satu kesilapan kecil.

Impaknya begitu dahsyat apabila penyertaannya pada edisi Paris 2024 dibatalkan serta-merta dalam acara keirin lelaki selepas dikesan melintasi pacer terlalu awal sewaktu saringan pertama di Velodrom Saint Quentin en Yvelines awal pagi semalam.

Ia sememangnya memberi tamparan besar bukan hanya kepada Azizulhasni tetapi buat rakyat Malaysia yang ingin melihat pelumba harapan negara berusia 36 tahun itu meraih kejayaan gemilang di pentas Olimpik terakhirnya selepas membuat lima penampilan sejak edisi 2008 di Beijing, China.



Biarpun pelumba dari Terengganu itu tampil menjelaskan situasi sebenar dengan mengatakan pacer tidak bergerak pada kelajuan sebenarn selepas meleasi selekoh empat selain beliau turut dihimpit pelumba Perancis, Rayan Helal ketika itu tetapi ia sudah terlambat buat dirinya untuk sekali lagi membanggakan nama Malaysia di pentas dunia.

Ternyata, kesilapan strategi berkenaan meragut impian atlet yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu untuk melengkapkan koleksi warna pingatnya selepas pernah meraih perak sewaktu edisi Tokyo 2020 dan gangsa di Rio 2016. – KOSMO! ONLINE

Harga mahal Azizulhasni tutup Olimpik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button