Man. United anggap kalah kerana nasib
Man. United anggap kalah kerana nasib
LONDON – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag menganggap pasukannya tampil lebih baik berbanding Manchester City, namun kejuaraan Perisai Komuniti hanya dipisahkan oleh nasib apabila tewas pada penentuan penalti.
Ten Hag menjelaskan, seluruh pasukan wajar merasai keperitan terhadap kekecewaan kali ini yang menyaksikan Jadon Sancho dan Jonny Evans gagal menyempurnakan penalti.
“Keputusan yang sukar untuk diterima terutamanya apabila prestasi kami cukup baik. Apabila tewas, semua orang merasai keperitan dan kesakitan.
“Kami mencipta peluang dan kami juga dapat lihat banyak perkara positif daripada perlawanan ini. Jadi kami kena ambil semua ini untuk jadikan sumber keyakinan bagi hadapi saingan liga,” katanya.
Pada aksi di Stadium Wembley kelmarin, Bernardo Silva menafikan hasrat United untuk memenangi perlawanan itu apabila meledak gol penyamaan, memadam jaringan pendahuluan United daripada Alejandro Garnacho.
Apabila perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti, City menjadi pasukan yang lebih beruntung apabila memenanginya dengan keputusan 7-6.
Sementara itu, Ten Hag enggan menyalahkan penyerangnya, Marcus Rashford kerana kegagalan menyudahkan beberapa peluang terbaik untuk meledak gol dalam tempoh 90 minit aksi tersebut.
“Saya fikir dia beberapa kali berada dalam situasi terbaik. Saya begitu gembira dengannya dia pasti akan menjaringkan gol selepas ini,” jelasnya. – AGENSI
Man. United anggap kalah kerana nasib
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi
PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina