Yang tak sama hanya agama

Yang tak sama hanya agama

Yang tak sama hanya agama
M.THAIVANI bersama tiga cucunya. FOTO Ihsan Dr Siti Hajar Md Hanif

Sungai Buloh: Realitinya, M Thaivani dan tiga cucunya berlainan agama namun kasih sayang wanita itu terhadap darah dagingnya tidak pernah berkurang walau sedikit pun.

Sebaliknya, hubungan Thaivani, 55, dan cucunya sangat rapat hingga timbul perasaan rindu jika tidak bertemu dengan cinta hatinya itu.

Kisah Thaivani mendapat perhatian selepas menantunya, Dr Siti Hajar Md Hanif, 38, memuat naik video di Facebook dan TikTok menunjukkan kemesraan wanita itu dengan cucunya.



Berkongsi kisah itu, Thaivani berkata, dia mempunyai tiga cucu berumur dua, empat dan enam tahun dengan kesemuanya diberi kasih sayang sama rata tanpa pilih kasih.

Yang tak sama hanya agama
M.THAIVANI (dua dari kiri) bersama keluarga tercinta. FOTO Ihsan Dr Siti Hajar Md Hanif

Walaupun tinggal berasingan, Thaivani sering berjumpa dengan cucunya yang dibawa ke rumah, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk bertemu dengannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Menang, Tanah Hilang




“Apa yang berbeza cuma agama namun hakikatnya, mereka tetap cucu malah saya yang bantu jaga mereka ketika menantu dalam pantang.

“Cucu panggil saya ‘nanny’ dan apabila berjumpa, mereka tetap salam, peluk dan cium saya macam biasa. Lagipun, anak dan menantu pun sudah ajar mereka.

“Cuma biasalah, cucu masih kecil jadi dia ada tanya mengenai saya. Tapi bila diterangkan, mereka faham,” katanya dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Thaivani berkata, keluarga tiada masalah namun segelintir individu luar ditemui akan bertanya mengenai hubungannya dengan cucu.



“Ada kalanya, saya bawa juga cucu berjalan dan orang akan tanya, saya bawa anak siapa? Mungkin mereka hairan.

“Saya beritahu ia cucu. Sehingga kini, saya tak pernah berasa ada masalah hanya kerana berlainan agama dengan anak, menantu mahupun cucu.

“Apa yang penting, kami bahagia sebagai satu keluarga dan rumah tangga anak dengan menantu juga sangat bahagia,” katanya.

Yang tak sama hanya agama

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button