Industri kewangan Islam masih ada ruang untuk berkembang

Industri kewangan Islam masih ada ruang untuk berkembang

Industri kewangan Islam masih ada ruang untuk berkembang
AZMAN. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Masih ada ruang dan peluang untuk industri kewangan Islam Malaysia berkembang, kata pakar.

Pengerusi Majlis Kepimpinan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) Tan Sri Azman Mokhtar berkata ini kerana aset-aset sistem perbankan Islam menyumbang 45.6 peratus daripada jumlah aset perbankan pada akhir 2023.

Beliau sehubungan itu mengunjurkan angka berkenaan berkemungkinan melebihi 50 peratus dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang.



“Bagi pasaran modal pula, 64 peratus atau kira-kira RM3.9 trilion sudah pun terdiri daripada instrumen Islam seperti sukuk dan ekuiti. Kira-kira 45.6 peratus daripada jumlah aset sudah patuh syariah dan dijangka meningkat melebihi 50 peratus.

“Bank terbesar iaitu Maybank, 69 peratus daripada jumlah asetnya sudah patuh syariah,” kata Azman kepada pemberita di luar Persidangan Invest Shariah 2024 hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR




Azman berkata masih ada peluang besar untuk pengembangan seterusnya dalam industri kewangan Islam.

“Sistem kewangan Islam telah mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) melebihi 11 peratus sejak 20 hingga 30 tahun lalu. Aset kewangan Islam global dianggarkan kira-kira US$4.5 trilion, tetapi angka ini mungkin lebih tinggi jika wakaf dan zakat dimasukkan.

“Beberapa unjuran menunjukkan jumlah ini akan berkembang pada kadar dua angka, mencecah US$6.7 trilion menjelang akhir dekad ini, jika tidak lebih awal,” tambahnya.

Azman juga menyokong penyenaraian institusi kewangan Islam di Bursa Malaysia, sambil menyatakan langkah sedemikian akan meningkatkan ketelusan untuk pelabur.



Terdahulu, Azman menyertai perbincangan panel bertajuk “Maqasid al-Shariah Ecosystem in the Financial World: Are We There Yet?” bersama Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Sementara itu mengenai topik penyenaraian institusi kewangan Islam, Abdul Wahid berkata beberapa bank seperti Bank Muamalat, sudah pun disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Orang ramai sedang memerhati Bank Muamalat. Ia hanyalah untuk meyakinkan pemegang saham mereka, yang mana ia telah melakukan perkara yang betul.

“Kadang-kadang orang mencari masa yang sesuai, tetapi saya sentiasa percaya apabila sebuah entiti yang besar disenaraikan, salah satu faedahnya bukan hanya untuk akses kepada modal tetapi juga ketelusan yang akan memacu prestasi untuk lebih baik lagi,” tambahnya.



Industri kewangan Islam masih ada ruang untuk berkembang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button