Suspek tikam ibu saudara tiada rekod sakit mental

Oleh – Syeikh Baran


Suspek tikam ibu saudara tiada rekod sakit mental
Lokasi kejadian mangsa maut ditikam suspek dengan gunting di Kampung Gelung Bubu, Butterworth, kelmarin.

Suspek lelaki yang menikam ibu saudaranya dengan gunting sehingga mangsa maut di Kampung Gelung Bubu, Butterworth di sini, Selasa lalu dilaporkan tidak mempunyai rekod masalah mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Utara Superintendan C. Tharmalingam ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara tersebut namun katanya, siasatan lanjut berhubung motif kejadian sedang dijalankan.



“Tiada rekod sebagai pesakit mental,” katanya ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, Tharmalingan memberitahu, suspek terbabit ditahan reman selama tujuh hari sehingga 21 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek dikatakan berang terhadap ibu saudaranya yang merupakan seorang warga emas berusia 80-an yang ketika itu cuba meleraikan pergaduhan berlaku antara suspek dan ibu kandung.

Mangsa disahkan maut semasa mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ)
dan suspek berjaya diberkas pada hari yang sama.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button