NCIG 2024 fokus ikhtiar ketelusan institusi kewangan

NCIG 2024 fokus ikhtiar ketelusan institusi kewangan

NCIG 2024 fokus ikhtiar ketelusan institusi kewangan
Mohd Prasad Hanif dari Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Integriti & Tatakelola di Hotel Concorde Kuala Lumpur. FOTO AMIRUDIN SAHIB

Kuala Lumpur: Persidangan Kebangsaan Integriti dan Tatakelola 2024 (NCIG 2024) akan memberi fokus untuk memacu ikhtiar perkongsian visi serta pengetahuan mengenai ketelusan, etika dan bebas rasuah dalam tatakelola dalam kalangan institusi kewangan pembangunan.

NCIG 2024 yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Oktober depan dianjurkan oleh Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dengan kerjasama agensi kerajaan berkaitan.

Setiausaha Agung ADFIM Mohd Prasad Hanif berkata selain itu NCIG 2024 akan turut menumpukan kepada perbincangan dan penyelesaian dalam menangani cabaran kontemporari, penekanan ketelusan, akauntabiliti serta langkah membanteras akar rasuah untuk mencipta impak positif terhadap ekosistem perniagaan.



“Integriti dalam tatakelola perlu dibudayakan sebagai suatu yang sinonim serta bersimbiosis dalam semua organisasi.

“Justeru, elemen murni dan universal ini perlu diperkasakan dalam usaha menyuburkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial yang lestari,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media mengenai penganjuran NCIG 2024, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka




Mohd Prasad berkata persidangan itu diadakan bertujuan untuk menginspirasi reformasi dan inovasi dalam amalan tatakelola termasuk meneroka potensi tatakelola digital dan impaknya terhadap ketelusan serta akauntabiliti organisasi.

“Turut diberi perhatian kali ini adalah ikhtiar memperkukuhkan kolaborasi untuk mempraktik tatakelola yang berkesan serta memperkasakan keterlibatan awam dengan menyediakan platform dan melalui akses kepada maklumat,” katanya.

Penganjuran NCIG kali ketiga ini akan membariskan beberapa speaker terkenal termasuk mantan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Azhar Azizan Harun.



“Kami menjangkakan lebih 250 peserta dari peringkat tertinggi akan menyertai persidangan ini dengan 80 peratus speaker mewakili agensi kerajaan, manakala 20 peratus dari badan bukan kerajaan,” katanya.

 

NCIG 2024 fokus ikhtiar ketelusan institusi kewangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button