Bandar Budaya Korea di Forest City

Bandar Budaya Korea di Forest City

Bandar Budaya Korea di Forest City
GAMBAR HIASAN

Iskandar Puteri: GG56 Korea Ltd, firma pelaburan Korea akan melabur US$1 bilion (RM4.37 bilion) di Forest City untuk membangunkan Bandar Budaya Korea yang pertama di Malaysia.

Ini berikutan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) dengan Forest City Country, pemaju induk Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) yang membangunkan projek itu meliputi Studio Produksi K-Content, Daerah Kebudayaan Antarabangsa dan pembangunan kediaman bertaraf dunia.

Pengarah Eksekutif CGPV Datuk Md Othman Yusof berkata MoA itu menandakan satu peristiwa penting dalam pembangunan berterusan di Forest City, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai hab global untuk inovasi, budaya dan pertumbuhan mampan.



“MoA ini bukan sekadar perjanjian rasmi, ia mencerminkan visi bersama kami untuk Forest City dan kami teruja untuk bekerjasama dengan GG56 Korea bagi merealisasikan projek-projek transformatif ini.

“Kita secara bersama-sama akan membina sebuah bandar yang menjadi bukti kepada inovasi, budaya, dan pembangunan lestari,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema




Perjanjian itu ditandatangani oleh Md Othman bagi pihak CGPV manakala GG56 Korea diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Kim Young Kun dan Chung Dong Wan, Pengerusi CMK Consortium iaitu anak syarikat GG56 Korea.

Sementara itu, Kim berkata perjanjian berkenaan akan memberi peluang kepada syarikat dari Korea itu mencipta sesuatu yang luar biasa di Forest City.

“Melalui kerjasama dengan CGPV ini, kami menyasarkan untuk menyumbang kepada pertumbuhan di Forest City dan menjadikannya sebagai destinasi global terkemuka,”

Bandar Budaya Korea di Forest City


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button