LBS pamer pertumbuhan stabil suku kedua 2024

LBS pamer pertumbuhan stabil suku kedua 2024

LBS pamer pertumbuhan stabil suku kedua 2024
SKYRIA, antara projek dibina LBS.

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, mencatatkan hasil sebanyak RM431.9 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2024 yang diperoleh daripada operasi yang berterusan, menandakan peningkatan 16.5 peratus daripada RM370.7 juta yang direkodkan tempoh sama tahun lalu.

Pertumbuhan turut didorong terutamanya oleh peningkatan 17.3 peratus tahun ke tahun dalam hasil segmen pembangunan hartanah yang meningkat daripada RM358.1 juta kepada RM420.0 juta.

Dengan mengekalkan trajektori kewangan dan operasi pembangunan hartanah yang konsisten, LBS mencapai peningkatan 3.0 peratus dalam keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan (Patmi), kepada RM34.8 juta daripada RM33.8 juta suku kedua tahun lalu.



Mengulas keputusan suku kedua, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Datuk Sri Ir (Dr) Lim Hock San berkata, komitmen pihaknya terhadap pembangunan lestari mendapat sambutan positif daripada pihak berkepentingan dan pelanggan.

Katanya, usaha yang selari dalam kecekapan operasi dan pengurusan kos memainkan peranan penting untuk mencapai hasil yang positif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16




“Transaksi melalui pemindahan ekuiti dan pembayaran hutang akan mengukuhkan lagi kedudukan kewangan LBS di mana hasil ini akan diperuntukkan untuk modal kerja, bayaran pinjaman dan membiayai inisiatif pertumbuhan.

“Langkah strategik ini selaras dengan objektif kami untuk mengekalkan modal bagi pelaburan semula dalam projek yang memberi pulangan tinggi, pembayaran hutang, atau inisiatif penambah nilai.

“Melangkah ke hadapan, kami tetap komited untuk mengekalkan trajektori positif ini,” katanya dalam kenyataan.

LBS pamer pertumbuhan stabil suku kedua 2024
TAN Sri Datuk Sri Ir (Dr) Lim Hock San
Beliau berkata, keutamaan strategik LBS kini termasuk meningkatkan saluran projek, meneroka peluang pasaran baharu dan terus memberikan nilai yang cemerlang kepada pelanggan dan pemegang berkepentingannya.

Menurutnya, dengan pendekatan berhati-hati, LBS kekal optimis bahawa dengan kepimpinan yang teguh dan pasukan yang berdedikasi, kumpulan berupaya meneruskan momentum ini pada suku tahun yang akan datang.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema


Selain itu, untuk enam bulan kumulatif, Patmi LBS diperoleh daripada operasi berterusan, dengan peningkatan 1.5 peratus kepada RM66.0 juta berikutan pendapatan dari operasi berterusan sebanyak RM770.1 juta.

Segmen pembangunan hartanah adalah penyumbang hasil utama kumpulan, iaitu sebanyak 97.0 peratus atau RM747.2 juta daripada jumlah hasil separuh pertama 2024 yang sebahagian besarnya diperoleh daripada projek KITA @ Cybersouth, LBS Alam Perdana, Prestige Residence dan Idaman.



Momentum positif pada suku semasa turut dipengaruhi kejayaan pelaksanaan projek LBS yang dilancarkan.

Setakat ini, LBS sudah melancarkan tujuh projek dengan gabungan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.6 bilion, dengan jumlah jualan direkodkan sebanyak RM794.0 juta sehingga 21 Ogos 2024.

Projek Alam Perdana Central Hub, yang dilancarkan pada April 2024, meraih permintaan yang kukuh, dan sudah menjana jualan sebanyak RM254.5 juta.

Permintaan ini sebahagian besarnya diperoleh daripada industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mencari lokasi perindustrian yang strategik untuk menyokong operasi mereka.



Dengan bank tanah berjumlah 2,686 ekar (1,087 hektar) dan jualan tidak dibil sebanyak RM1.7 bilion setakat 31 Julai 2024, kumpulan optimis untuk mengekalkan prestasi kukuhnya pada masa hadapan.

 

LBS pamer pertumbuhan stabil suku kedua 2024

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button