Syarikat tempatan perlu keluarkan produk berasaskan lateks lebih banyak

Syarikat tempatan perlu keluarkan produk berasaskan lateks lebih banyak

Syarikat tempatan perlu keluarkan produk berasaskan lateks lebih banyak
CHAN Foong Hin (dua kiri) hadir ketika lawatan rasmi ke kilang pengeluaran tilam lateks Getha. FOTO Aiman Hariz Azhar

Kuala Lumpur: Malaysia masih mempunyai peluang untuk meningkatkan penguasaan nilai perdagangan produk susu getah atau lateks sekali gus memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian produk getah di negara ini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, pihaknya komited untuk memperkukuh kedudukan Malaysia dalam pasaran produk getah global.

Katanya, permintaan untuk getah sentiasa meningkat dan nilai perdagangan bagi produk tilam dan bantal lateks ketika ini hanya sekitar RM300 juta, berbanding keseluruhan nilai perdagangan getah pada RM25 bilion.



“Justeru itu, terdapat keperluan mendesak untuk pendekatan mampan dalam industri getah tempatan dan kami menyeru syarikat tempatan mencari kaedah baharu bagi mengeluarkan lebih banyak produk berasaskan lateks, sekali gus memastikan pengeluaran getah negara dapat dipertingkatkan.

Produk baharu perlu diperkenalkan selain daripada pengeluaran sarung tangan dan tayar, apabila lebih banyak syarikat tempatan terbabit dalam pengeluaran produk berasaskan lateks, secara tidak langsung ia akan menjana permintaan terhadap pengeluaran getah tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.




“Ketika ini, pengusaha hiliran produk berasaskan getah banyak mengimport lateks dari luar negara kerana pengeluaran di peringkat huluan semakin mengecil,” katanya selepas mengadakan lawatan ke kilang pengeluaran tilam lateks Getha, baru-baru ini.

Lawatan itu merangkumi proses pembuatan yang dilalui setiap produk keluaran jenama terkemuka produk tidur berasaskan getah terbabit, daripada pengendalian bahan mentah hingga ke peringkat akhir dalam bentuk produk siap.

Dengan kemudahan seluas lebih daripada sejuta kaki persegi, Getha mampu menghasilkan 600 tan lateks mentah setiap bulan, atau dengan 7,200 tan setahun, bersamaan hasil torehan 10 juta pokok getah setiap bulan.



Selain itu, Chan berkata, kementerian akan menyelaras semula sektor itu bagi memastikan ia mematuhi piawaian dan standard yang ditetapkan badan global termasuk membabitkan Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan alam sekitar.

Menurutnya, inisiatif Getah Asli Lestari Malaysia (MSNR) turut berpotensi mengubah landskap industri getah negara demi manfaat pekebun kecil.

“Jika kita terus bergantung kepada import lateks daripada Vietnam dan Thailand, ia akan merugikan kita dari pelbagai sudut,” katanya.

Syarikat tempatan perlu keluarkan produk berasaskan lateks lebih banyak

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button