MR DIY anjur bazar Merdeka tampil 100 gerai

MR DIY anjur bazar Merdeka tampil 100 gerai

MR DIY anjur bazar Merdeka tampil 100 gerai
MR DIY

Kuala Lumpur: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, Kumpulan MR DIY menganjurkan bazar Merdeka pertamanya, Bersama Satu Bazaar di Piazza, Pavilion Bukit Jalil dari 30 Ogos hingga 1 September 2024.

Bazar ini menampilkan lebih 100 gerai yang menghidangkan makanan dan produk popular Malaysia, serta gerai yang menampilkan rangkaian produk MR DIY daripada jenama-jenama di bawah naungannya iaitu MR DIY, MR TOY, EMTOP, dan MR DOLLAR.

Antara pilihan makanan yang tersedia termasuklah nasi lemak, laksa, burger, mi, snek, pencuci mulut, dan minuman menyegarkan, serta aksesori buatan tangan, alat tulis, kosmetik, dan kraftangan.



Acara selama tiga hari ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai permainan dan bengkel kreatif yang menyeronokkan, hasil karya seni tempatan, serta persembahan kebudayaan dan kontemporari.

Acara kemuncak adalah persembahan secara langsung lagu patriotik ‘Bersama Satu Suara’ oleh selebriti Alif Satar & The Locos, Jaclyn Victor, dan Priscilla Abby pada 31 Ogos 2024 mulai jam 8.30 malam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan




Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, ia adalah bazar Merdeka pertama MR DIY, dan pihaknya sangat teruja untuk menjemput semua orang memeriahkan acara itu.

MR DIY anjur bazar Merdeka tampil 100 gerai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button