Modenas lancar logo dan identiti baharu
Modenas lancar logo dan identiti baharu.
Petaling Jaya: Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) melancarkan logo dan identiti jenama baharu yang bakal digunakan pada motosikal dan material pemasaran mereka.
Ketua Pegawai Ekesutifnya, Roslan Roskan berkata logo itu masih mengekalkan eleman M dalam bentuknya selain bentuk Road Star dalam warna kelabu dan platinum.
“Penjenamaan semula Modenas ini sudah dirancang lebih dua tahun lalu dan ia bakal digunakan untuk model motosikal baharu selain pengedar motosikal juga akan menggunakan logo yang sama secara berperingkat di premis mereka dan proses ini bakal dilengkapkan sekitar 12 hingga 18 bulan,” katanya pada majlis pelancaran logo baharu Modenas, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Kumpulan Modenas dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Tan Sri Syed Faisal Albar; Pengarah Kanan Industri dan Pembangunan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Faizal Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz.
Selain penjenamaan semula, Modenas turut memperkenalkan model Kriss 110 dengan piawaian enjin Euro 4 untuk pasaran tempatan serta dijangka dieksport ke Filipina pada tahun hadapan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan
- Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
- Tidak berupaya tukar kerajaan bikin Mahathir dakwa Malaysia belum Merdeka.
Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan
Menerusi perkembangan lain, kerjasama strategik Modenas dengan pengeluar global seperti Kawasaki Motors Ltd, (KMC), Kwang Yang Motor Co, Ltd (Kymco) dari Taiwan, dan Bajaj Auto Limited (BAL) dari India membolehkan ia menembusi pasaran antarabangsa.
Ia meliputi Greece, Amerika Selatan, Rusia, Thailand, dan yang terbaru ke China pada tahun 2024 dengan mengeksport Kawasaki ZX-6R yang dipasang dalam negara.
Seiring dengan komitmen dalam penghasilan motosikal mesra alam, Modenas juga membekalkan motosikal MEV-1 kepada Pos Malaysia sejak 2023 dan model lain pada masa hadapan.
Modenas lancar logo dan identiti baharu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PPBM Mahu Didik Rakyat Supaya Derhaka?
- Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
- Kes Muhyiddin adalah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :