Projek WCE dijangka siap sepenuhnya 2026

Projek WCE dijangka siap sepenuhnya 2026

Projek WCE dijangka siap sepenuhnya 2026
LEBUHRAYA Persisiran Pantai Barat (WCE) seksyen 11 sepanjang 35.5 kilometer dari persimpangan bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas akan dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum ini. FOTO Arkib

WCEHB berkata, ketika ini, enam daripada 11 seksyen WCE sudah dibuka untuk trafik dan kutipan tol sudah dimulakan.

Katanya, seksyen itu adalah Seksyen 5 (New North Klang Straits Bypass (NNKSB) – Bandar Bukit Raja Utara); Seksyen 6 (Bandar Bukit Raja Utara – Assam Jawa); Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan); Seksyen 9 (Kampung Lekir – Changkat Cermin); Seksyen 10 (Changkat Cermin – Beruas) dan Seksyen 11 (Beruas – Taiping Selatan).

Sepanjang 2024 katanya, dua seksyen tambahan telah dibuka, iaitu Seksyen 6 dan Seksyen 11 masing-masing pada November 2023 dan Mac 2024.



Katanya, pembukaan Seksyen 6 dan Seksyen 11 telah meningkatkan jumlah trafik harian WCE dengan ketara di mana purata trafik harian seksyen bagi suku pertama 2025 meningkat sebanyak 115 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.

Seksyen 1 (Banting – Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)) katanya dijadualkan untuk dibuka pada 30 Ogos 2024 dan Seksyen 2 (SKVE – Lebuhraya Shah Alam (KESAS)) disasarkan untuk dibuka pada suku ketiga tahun kewangan 2025.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan




“Penyempurnaan seksyen itu juga akan menyediakan sambungan kepada lebuh raya sedia ada, iaitu SKVE dan KESAS.

“Dalam keputusan kewangan suku pertama baru-baru ini bagi tahun kewangan 2024, kumpulan melaporkan peningkatan yang signifikan sebanyak 93 peratus dalam hasil tol, meningkat dari RM13.5 juta pada suku tahun sebelumnya kepada RM26.1 juta.

“Kumpulan yakin bahawa hasil tol akan terus meningkat setelah dua seksyen tambahan dibuka untuk trafik,” katanya.

Projek WCE dijangka siap sepenuhnya 2026

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button