Visa persinggahan 96 jam percuma tarik ramai pelancong Malaysia ke Arab Saudi

Visa persinggahan 96 jam percuma tarik ramai pelancong Malaysia ke Arab Saudi

Visa persinggahan 96 jam percuma tarik ramai pelancong Malaysia ke Arab Saudi
Tanah suci Makkah

Putrajaya: Program eVisa dan Visa Persinggahan 96 jam percuma yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong Malaysia ke negara itu yang bukan saja bagi melakukan umrah, malah meneroka kepelbagaian budaya negara terbabit.

Presiden Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) bagi Pasaran Asia Pasifik (APAC), Alhasan Aldabbagh berkata, dengan inisiatif yang dibangunkan secara berterusan, program eVisa kini merangkumi 66 negara termasuk Malaysia.

Katanya, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan Visa Persinggahan 96 jam percuma atau memilih eVisa yang diluluskan bagi mereka yang dalam perjalanan untuk bekerja atau beribadah yang mana visa terbabit adalah sah sehingga 90 hari untuk umrah dan boleh memilih untuk berada di sana bagi menziarahi destinasi lain seperti Jeddah, Riyadh atau AlUla.



“Pengembara Malaysia kini boleh memohon visa umrah melalui aplikasi Nusuk yang tersedia dalam bahasa Melayu.

“Kami melancarkan visa singgah 96 jam secara percuma yang pertama kali pada awal tahun lalu dengan Saudia, pengangkut nasional kami dan kami juga menyederhanakan skim visa bagi pemegang visa Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) atau negara di bawah perjanjian Schengen yang layak untuk e-visa atau visa semasa ketibaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.




“Dari segi sambungan terdapat empat pengendali (Saudia, Air Asia, Malaysia Airlines dan Batik Air) yang terbang ke empat bandar di Arab Saudi (Jeddah, Riyadh, Dammam dan Madinah),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di majlis pelancaran Pameran Pelancongan Saudi yang pertama seumpamanya, diterajui oleh STA, di sini, hari ini.

Pameran itu berlangsung selama lima hari di IOI City Mall Putrajaya bermula dari 28 Ogos hingga 1 September nanti.

Beliau berkata, pasaran Malaysia penting kepada pelancongan Arab Saudi di mana Malaysia menduduki tangga ke-20 di dunia dengan populasi Muslim.



“Malaysia turut mempunyai tempat istimewa di hati Arab Saudi dan negara yang dihormati kerana budaya dan tradisi negara ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan


“Pada 2023, Arab Saudi muncul sebagai salah satu destinasi jarak jauh utama bagi pengembara Malaysia, menyumbang 23 peratus daripada perjalanan jarak jauh.



“Kami melihat peningkatan sebanyak 15 peratus dalam bilangan pengembara Malaysia tahun lalu berbanding 2022.

“Tahun ini, dari segi perjalanan rekreasi, Malaysia adalah pasaran sumber keempat terbesar untuk APAC dan pasaran sumber ke-15 global untuk Arab Saudi,” katanya.

Visa persinggahan 96 jam percuma tarik ramai pelancong Malaysia ke Arab Saudi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button