Sedania Innovator rekod pendapatan RM78.3 juta

Sedania Innovator rekod pendapatan RM78.3 juta

Sedania Innovator rekod pendapatan RM78.3 juta
Sedania Innovator Berhad.

Kuala Lumpur: Sedania Innovator Berhad (Sedania), merekodkan pendapatan sebanyak RM78.3 juta bagi suku keenam 2024 dan keputusan kewangan penuh 18 bulan yang belum diaudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

Jumlah itu adalah peningkatan ketara daripada pendapatan RM38.35 juta bagi penyata kewangan 12 bulan 2024 yang sudah diaudit.

Ia juga menandakan tempoh perubahan dan transformasi dalam penumpuan kepada sektor produk dan perkhidmatan pengguna.



Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Abdul Halim Ali berkata, perkembangan Sedania bagi tahun kewangan ini menunjukkan titik permulaan yang penting dalam perjalanan transformasi kumpulan.

Katanya, prestasi suku semasa disokong oleh pendapatan yang stabil dan berdaya tahan berpunca dari model perniagaan terkini berasaskan pengguna yang pelbagai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan




“Kemajuan perniagaan yang dicapai setakat ini dalam segmen FMCG lestari dan teknologi pengguna lestari sudah menunjukkan bahawa kami sedang menuju ke arah model perniagaan yang lestari.

“Dalam melangkah ke fasa baharu, kami komited untuk memastikan tempoh penyatuan strategi ini melahirkan pertumbuhan mampan disamping mencipta nilai untuk pihak berkepentingan, sejajar dengan misi kami untuk memperbaiki kehidupan secara lestari,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, mengulas mengenai operasi Kumpulan yang kukuh, Pengarah Urusan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, dalam pelaksanaan transformasi, kumpulan menunjukkan prestasi pendapatan positif dengan trajektori meningkat.



Sementara itu, prestasi tahun kewangan 2024 ini menunjukkan pertumbuhan yang dipergiat dalam tempoh transformasi, disokong oleh pendapatan yang stabil dan berdaya tahan berpunca dari model perniagaan terkini berasaskan pengguna yang pelbagai.

Sedania turut mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM570,000 bersandarkan penyusutan nilai sekali bagi segmen tenaga lestari, lantas menunjukkan langkah jelas dalam proses transformasi ini.

Sedania Innovator rekod pendapatan RM78.3 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Harakahdaily Siar Berita Palsu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button