Syarikat awam tersenarai perlu adakan AGM secara hibrid, fizikal bermula 1 Mac 2025

Syarikat awam tersenarai perlu adakan AGM secara hibrid, fizikal bermula 1 Mac 2025

Syarikat awam tersenarai perlu adakan AGM secara hibrid, fizikal bermula 1 Mac 2025
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad mengumumkan bahawa semua syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa Malaysia perlu mengadakan mesyuarat agung secara hibrid atau fizikal mulai 1 Mac 2025.

Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, PLC dibenarkan menjalankan mesyuarat agung secara maya.

Bagaimanapun, meskipun pandemik sudah berakhir, lebih daripada 50 peratus PLC didapati masih menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya pada separuh pertama 2024.



Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, walaupun mesyuarat secara maya mencapai matlamatnya semasa pandemik, sudah tiba masanya untuk PLC beralih kepada format mesyuarat secara hibrid atau fizikal.

Katanya, mesyuarat pemegang saham, terutamanya AGM adalah sesi penting untuk membabitkan lembaga pengarah dan pengurusan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?




“Pelabur domestik dan antarabangsa juga menyatakan keutamaan mereka untuk menjalankan mesyuarat secara hibrid atau fizikal.

“Ini dapat memperkukuh tadbir urus yang baik dengan menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, bursa menyokong penuh pendekatan secara hibrid kerana ia mencapai keseimbangan tepat antara kebolehcapaian dan pembabitan.

“Dengan pimpinan melalui teladan, kami memastikan kebolehcapaian dan keterangkuman yang lebih luas untuk semua pemegang saham, dalam memupuk kepercayaan dan perbincangan yang lebih menarik.



“Mesyuarat secara fizikal memelihara ketelusan hak pemegang saham dan memastikan tiada yang dikecualikan yang disebabkan oleh halangan teknologi,” katanya.

Menurutnya, walaupun penyertaan secara maya meningkatkan kebolehcapaian, PLC harus berusaha untuk mengadakan mesyuarat agung secara hibrid atau sekurang-kurangnya secara fizikal.

Beliau berkata, ini dapat memastikan pembabitan yang lebih bermakna oleh pemegang saham, melindungi hak pemegang saham, dan menegakkan integriti proses mesyuarat agung.

Keperluan ini akan diguna pakai untuk semua mesyuarat agung PLC di Pasaran Utama dan ACE Bursa Malaysia yang akan diadakan mulai 1 Mac 2025.



Syarikat awam tersenarai perlu adakan AGM secara hibrid, fizikal bermula 1 Mac 2025


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button