Layakkah Muhyiddin Gelar Dirinya Pejuang Bangsa Melayu

Layakkah Muhyiddin Gelar Dirinya Pejuang Bangsa Melayu

Layakkah Muhyiddin Gelar Dirinya Pejuang Bangsa Melayu

 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga adalah Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, masih lagi mahu pertahankan kenyataan biadab beliau terhadap YDP Agong.

Beliau menganggap, perjuangan PPBM mempertahankan hak bumiputera dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dilabelkan sebagai kesalahan 3R.



Presiden PPBM itu berkata, ia berlanjutan sehingga mereka dituduh menghasut dan dibawa ke mahkamah.

“Ironinya, kerajaan ini ketika di zaman pembangkang dahulu kuat memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat atas nama reformasi.”

“Hari ini mereka menjadi diktator paling rakus.”

“Meraka tanpa segan silu menggunakan instrumen undang-undang dan kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat.”



“Khususnya lawan politik mereka.” 

“Kerajaan berbuat demikian untuk kepentingan politik.”

“Agar terus kekal berkuasa dengan naratif politik yang tidak mengiktiraf kedudukan bangsa pribumi sebagai bangsa teras di negara ini.”

“Kerana itulah mereka begitu rakus menyekat kebebasan kita untuk menyuarakan hak orang Melayu dan bumiputera.”



“Serta kedudukan Islam sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas perjuangan parti kita.”

“Mereka melakukan perkara ini dengan cara yang paling kotor, paling tidak demokratik dan paling tidak berperlembagaan.”

“Tindakan mencabul hak kebebasan rakyat ini bakal menjerumuskan Malaysia ke gaung negara diktator.”

“Namun mereka tidak peduli kerana kebimbangan mereka hanya satu.”



“Selagi mana kita bersuara, selagi itulah perancangan songsang mereka akan terencat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kita tidak nampak di mana asasnya kenyataan yang Muhyiddin keluarkan.

Adakah dengan bersikap biadab serta membelakangkan perintah Raja Raja Melayu sudah melayakkan Muhyiddin mendabik dada sebagai pembela bangsa Melayu.

Bukankah institusi Raja Raja Melayu merupakan payung kepada bangsa Melayu di negara ini?



Muhyiddin telah cuba untuk meruntuhkan payung tersebut dengan sikap biadap dan derhaka beliau kepada institusi Raja Raja Melayu.

Ironiknya, dalam masa yang sama, beliau mengaku sebagai pembela bangsa Melayu.

 

Layakkah Muhyiddin Gelar Dirinya Pejuang Bangsa Melayu

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button