Teresa Mesti Berikan Kerjasama, Bukan Pertikai Siasatan Polis

Teresa Mesti Berikan Kerjasama, Bukan Pertikai Siasatan Polis

Teresa Mesti Berikan Kerjasama, Bukan Pertikai Siasatan Polis

 

Teresa Kok hairan kenapa kenyataannya berkaitan isu sijil halal dianggap menyentuh isu 3R–agama, kaum dan raja.

Ahli parlimen Seputeh hairan kenapa polis melihat ia berpotensi melanggar undang-undang bawah Seksyen 298 dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.



“Jika dibaca dan dianalisis kenyataan saya secara menyeluruh dan mengambil kira semua konteks, ia tidak mengandungi rujukan kepada 3R atau yang berkaitan dengannya.”

“Siasatan polis sebenarnya tidak perlu dibuat kerana tiada kesalahan dilakukan.”

“Saya telah berikan penjelasan lanjut apa yang hendak saya sampaikan dalam kenyataan saya.”

“Yang sepatutnya meredakan sebarang kebimbangan dan membuat tiada lagi siasatan perlu dibuat.”



“Kenyataan saya semata-mata suara kebimbangan dan bagi mengetengahkan isu dihadapi oleh rakyat bawahan.”

“Ia ebagai sebahagian daripada tugas seorang anggota parlimen.”

“Kenyataannya tidak sama sekali mempunyai kecenderungan menghasut,” jelas beliau.

Untuk pengetahuan Teresa Kok, polis membuka kertas siasatan berdasarkan laporan polis yang diterima dari orang awam.



Setakat ini dilaporkan, pihak polis telah menerima 5 laporan berkaitan isu kenyataan Teresa Kok yang didakwa menyentuh isu 3R.

Sebagaimana yang diterangkan oleh Ketua Polis Negara, Razarudin Hussain, siasatan adalah mengikuti SOP 3R.

Sebagai warga negara Malaysia dan lebih lagi sebagai anggota legislatif, Teresa sudah semestinya tahu mengenai sensitiviti isu 3R.

Walau pun sebaik sahaja Razarudin mengesahkan pihak polis sudah membuka kertas siasatan dan Teresa Kok cuba meredakan keadaan melalui kenyataan beliau, tetapi ianya sudah terlambat.



Damage already done dan sudah ada pihak yang tersinggung dan tiada kenyataan meminta maaf yang dikeluarkan oleh Teresa Kok.

Lagi pun Teresa Kok tidak sepatutnya merasa panik kerana ianya baharu di peringkat awal siasatan.

Beliau belum lagi dihadapkan ke mahkamah, apa lagi didapati bersalah.

Ahli politik kerajaan mahu tindakan tegas diambil ke atas pembangkang yang sering menunggang isu 3R.



Tindakan yang sama juga perlu diambil, walau pun dari pihak kerajaan.

Berikan kerjasama dalam siasatan.

 

Teresa Mesti Berikan Kerjasama, Bukan Pertikai Siasatan Polis

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button