Brazil perlu Neymar

Brazil perlu Neymar

Brazil perlu Neymar
NEYMAR dihantui krisis kecederaan.

Madrid: Bintang Real Madrid Rodrygo berkata, Brazil memerlukan Neymar jika mereka mahu mencipta rekod dengan menjuarai Piala Dunia keenam pada 2026.

Pemain berusia 23 tahun itu yang menjaringkan gol pada babak pertama ketika Brazil menewaskan Ecuador 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 berkata, Neymar adalah kunci kejayaan Brazil.

“Dia bintang kami, pemain terbaik kami,” kata Rodrygo kepada ESPN Brasil. “Semua orang boleh melihat betapa kami terasa ketiadaannya. Dia kini dalam fasa terakhir pemulihan. Kami mahukan dia secepat mungkin.”



Juara dunia lima kali Brazil tewas tiga perlawanan berturut-turut di tangan Uruguay, Colombia dan Argentina penghujung tahun lalu dan menduduki tangga keenam dalam carta selepas enam pusingan.

Dengan kemenangan Jumaat lalu, Brazil kini meraih 10 mata dan berada di tangga keempat. Mereka akan berdepan Paraguay di Asuncion pagi esok.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KPN Sahkan Kertas Siasatan Teresa Kok Sudah Di Buka




Penjaring terbanyak Brazil sepanjang zaman, Neymar menjalani pembedahan di lutut kirinya pada 2 November 2023 di Brazil.

Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu yang berpindah ke kelab Al-Hilal di Liga Pro Saudi pada musim panas 2023 mengalami kecederaan ketika tewas di tangan Uruguay dalam saingan kelayakan Piala Dunia, Oktober tahun lalu.

Dia sebelum itu turut tersisih lama akibat beberapa siri kecederaan menyaksikannya berehat enam minggu pada 2021 dan ketika kempen Copa America 2019.

Rodrygo berkata, dia masih menghubungi Neymar dan menganggap dia sebagai idolanya.



NEYMAR dihantui krisis kecederaan.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anthony Loke Pertahankan Kenyataan Teresa Kok



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button