Presiden PAS Yang ‘Berakhlak Tinggi’

Presiden PAS Yang 'Berakhlak Tinggi'

Presiden PAS Yang ‘Berakhlak Tinggi’

 

Presiden PAS, Hadi Awang memang terkenal sebagai seorang pemimpin yang sangat tidak berakhlak ketika bercakap.

Kita masih belum lupa, kerana hasutan Hadi Awang yang mengeluarkan fatwa sendiri telah menyebabkan Tragedi Memali.



Tragedi pada 19 November 1985 itu menyaksikan pertempuran penduduk kampung di Baling yang dipimpin Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) dengan pasukan keselamatan.

Ia mengakibatkan 14 penduduk kampung termasuk Ibrahim dan empat anggota keselamatan terkorban.

Tragedi itu berlaku ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

PAS menyalahkan Dr Mahathir berhubung apa yang berlaku.



Manakala bekas perdana menteri itu pula mendakwa ia sebenarnya kesalahan Hadi Awang.

Hadi Awang didakwa meniupkan keganasan melalui Amanat Hadi pada 1981.

PAS mendakwa Operasi Angkara dilancarkan pihak keselamatan ketika itu bermotifkan politik bagi membendung pengaruh Ibrahim.

Berpegang kepada Amanat Hadi, PAS menganggap anggota PAS yang terkorban dianggap syahid.



Di dalam Muktamar Tahunan PAS ke 70, Hadi sekali lagi melempiaskan kemarahan melalui mulut beliau yang celupar.

Hadi mendakwa pentadbiran kerajaan perpaduan seperti meneruskan agenda sebagaimana golongan munafik pada zaman awal Islam di Madinah.

Tuduhan Hadi kali ini sangat berat dan mesti diambil serius oleh pihak kerajaan.

Munafiq merujuk kepada seseorang yang secara terbuka menunjukkan dia seorang Muslim.



Tetapi dalam hati menolak Islam atau bertindak bertentangan dengan agama.

Atau ketika berada di kalangan musuh agama.

Ia jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang penuh dengan kebencian dan dendam, serta ekstrem.

Layakkah Hadi untuk digambarkan sebagai seorang ulamak dan tokoh Islam?



Bukan sekali ucapan Hadi yang mengandungi unsur sedemikian.

Muktamar PAS telah dijadikan medan melempar tuduhan munafik dan menuduh ada usaha mengubah agama Allah.

Matlamat Hadi tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghasut rakyat, terutamanya masyarakat Melayu Islam supaya membenci kerajaan.

Ianya sama sebagaimana yang beliau lakukan sebelum ini yang mencetuskan Tragedi Memali.



Keceluparan mulut Hadi Awang mesti dinoktahkan!!!

 

Presiden PAS Yang ‘Berakhlak Tinggi’

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button