Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?

 

Satu-satunya perwakilan PAS yang berani menyuarakan kebenaran ketika berucap di Muktamar PAS Tahunan ke 70 adalah Mohd Safizi Saidon.

Perwakilan PAS Perlis itu secara berterus terang menyuarakan rasa sedih dan terkilan beliau dengan sikap kepimpinan tertinggi PAS.



Malah beliau juga melahirkan rasa sedih melihat kualiti ada pada segelintir pemimpin PAS yang semakin pudar.

Secara terbuka, beliau mendakwa ada pemimpin PAS berkali-kali dilihat bersalaman dengan wanita.

Namun tidak ada satu tindakan diambil.

Begitu juga dengan sikap ulamak PAS yang mempertahankan tindakan Sanusi berkaraoke di tengah malam dengan wanita.



Alasan yang diberikan oleh ulamak PAS adalah Sanusi berkaraoke dengan ditemani isteri beliau, jadi difatwakannya sebagai halal.

“Dalam sejarah PAS, tokoh seperti (ahli politik lama Pas), Hashim Gera digantung keahlian hanya kerana berjoget.”

“Ini menunjuk betapa penting menjaga kualiti pemimpin sebagai syarat kemenangan.”

“Namun pada hari ini PAS semakin jauh dari asas itu.”



“Terdapat pemimpin yang karaoke dipertahankan ulama PAS.”

“Lebih lagi menyedihkan lagi ada pemimpin yang bersalam dengan wanita tidak dikenakan tindakan,” tegas beliau.

Ketika ditanya wartawan mengenai isu tersebut, Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, menafikannya tetapi berkata pemimpin PAS bukan malaikat.

“Bagi menunjukkan PAS sebuah parti yang demokratik dan terbuka, perbahasan perwakilan turut terbuka kepada media untuk diambil kira.”



“Kalau ada teguran kepada parti, itu membuktikan PAS bukan parti jenis sikit-sikit nak pecat ahli atau gantung seperti sesetengah parti lain,” kata Fadhli.

Tetapi benarkah begitu?

Berita yang sampai kepada kami di Malaysia News Online berbeza.

@omgmymedia



Perwakilan PAS Perlis digantung serta merta, gara-gara tegur kepimpinan tertinggi PAS Pusat #partiislamsemalaysia #partipas #pasperlis #politikmalaysiakini

♬ Your Soul Misses Him by Omar Al Omair – Nasheed

PAS dikatakan telah menggantung keahlian Mohd Safizi Saidon serta merta kerana persoalan yang beliau bawa di muktamar tersebut.

@datoarahs



♬ original sound – Dato Abu Hassan – Dato Abu Hassan

Melalui semakan kami di Tiktok, perkara yang sama juga telah diulas oleh pengguna Tiktok yang menggunakan akaun @datoarahs

Sekiranya benar seperti apa yang didakwa, di mana dakwaan Fadhli yang mengatakan PAS bersikap terbuka kepada kritikan?

 

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button