Mihas Ke-19 terima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness

Mihas Ke-19 terima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness

Mihas Ke-19 terima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness
TENGKU Zahrul menerima sijil pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR) dengan rekod penyertaan paling ramai pada Mihas Ke-19 dari Justin Patterson. FOTO Aiman Hariz Azhar

Kuala Lumpur: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) Ke-19, tahun lalu, muncul sebagai pameran pertama di dunia menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR) dengan rekod penyertaan paling ramai.

Rekod ‘Kehadiran Terbesar Pameran Dagangan Halal’ yang baru diperkenalkan itu meletakkan Mihas Ke-19 sebagai penerima pertama di dunia bagi kategori berkenaan.

Ia membabitkan penyertaan seramai 38,566 pengunjung seluruh dunia, sekali gus melayakkan Mihas Ke-19 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini, pada 12 hingga 15 September 2023, merangkul pengiktirafan berkenaan.



Sijil pengiktirafan itu diberikan kepada Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican oleh Pengadil Rasmi GWR, Justin Patterson, hari ini.

Justin berkata, Mihas kini memegang rekod semasa bagi penyertaan paling ramai dalam pameran perdagangan halal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0




“Bagi pihak Guinness World Records, saya sangat berbesar hati mengumumkan Mihas menerima pengiktirafan bagi kategori ‘Kehadiran Terbesar Pameran Dagangan Halal’.

“Mihas kini memegang rekod semasa dan kerana ini adalah kategori rekod yang baru diperkenalkan Guinness World Records, Mihas juga adalah penerima pertama dalam sejarah pemegang rekod ini. Tahniah, anda benar-benar menakjubkan,” katanya.

Mihas Ke-19 terima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button